Artis / Selebriti
” Amboi YB dah jd ketua mafia nampak. Muka taiko lah YB, hehe.. ” – Komen Netizen
Video pendek lakonan YB Syed Saddiq, Bella Astillah dan beberapa selebriti lain raih perhatian ramai. Wah, siap guna dialog Blood Brothers lah. Memang gempak lah semua, lakonan YB Saddiq pun makin mantap..
YB Syed Saddiq nama yang menjadi sebutan oleh rata-rata warganet kerana karisma yang dimiliki. Hubungan mesra dan akrab YB Saddiq bersama pelakon dan penyanyi, Bella Astillah membuatkan YB Saddiq semakin disukai dan disenangi oleh ramai.
Selepas Primavalet dan Dolcea, pasangan ini muncul pula dalam Liga X. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Liga X, telah dikongsikan satu video yang memaparkan antara sedutan menarik dalam drama pendek lakonan YB Saddiq, Bella dan beberapa selebriti lain sebagai promosi untuk perlawanan Liga 7×7 All Stars 2025.
Hairul Azreen, Achey Bocey, Saiful Zero dan Shariff Zero turut sama berlakon bersama. Video ini berlatarbelakangkan dialog filem box office Blood Brothers, ianya mencuri perhatian ramai. Satu kemajuan dan pembelajaran baru untuk YB Saddiq.

YB Saddiq semakin pandai bermain dengan reaksi wajah dan kelihatan semakin pandai berlakon. Hasil tunjuk ajar Bella, pasti salah satu punca YB Saddiq semakin yakin berlakon di hadapan kamera. Pujian harus diberikan kepada YB Saddiq kerana keberaniannya melakukan sesuatu yang bukan dari bidangnya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Vitamin betul kan saya tulis ni, BAS sekolah ke typo.. haha comel geram je player ni haha.. “
” Yb in character sungguh.. tapi yb macam sesuai je jadi bad boy makin handsome.. sesuai sangat sangat.. “
” Weh teringat Akshay Kumar.. Dah practise banyak kali ni YB hehe.. muka tomok tu macam menahan gelak je tu haha.. “
” Semua ayah ayah. tinggal YB Saddiq je bujang.. Garang sangat sangat YB.. Jadi lah lakonan YB kali ni. skrip seram, lakonan comel.. “
” Amboiiiiiiiii YB dah jd ketua mafia nampak.. mafia cinta grumpymunchkin hahaha. demi BASS tersayang, saya akan turun.. “
” Terpelanting aku ketawa . Yb yb, makin banyak kemajuan belakon bah. Pandai ek YB berlakon sekarang.. Bella always look stunning.. “
” Aduii apa ni.. skrip pun poyo.. sokong semua.. tapi yg paling tak leh tahan YB lah.. Pandai YB berlakon.. muka taiko lah YB.. Berani eh dia cakap macam tu dekat Bella. Pen merah pen biru betul lah yb ni haha.. “
Gempak sungguh marketing yang dibuat kali ini, tentu ramai yang akan turun ke padang untuk menyokong artis-artis kesayangan mereka ini. Pastinya semua akan menunjukkan kehebatan mereka di padang dan tidak akan menghampakan semua penyokong. Apa-apa, semoga dipermudahkan untuk YB Saddiq dan semua selebriti yang terlibat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Liga X
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

