Artis / Selebriti
” Amelia melayan kerenah Jebat Jayden, nampak Jebat happy sangat.. ” – Netizen
Video Amelia Christie Melayani Jebat Jayden Bermain Badminton Cur1 Perhatian Warganet. Amboi Jebat, Pandai Ajar Auntie Amelia Suruh Buat ‘Basic-Basic’ Je. Nabila Pun Happy Tengok Jebat Dengan Amelia. Lulus Ujian Dengan Mommy Jebat Tak Ni, Hehe !!
Hubungan Sharnaaz Ahmad dan Amelia Christie bukan lagi rahsia. Kedua-duanya lebih terbuka berkongsikan hubungan mereka kepada umum dan tanpa berselindung. Sebagaimana yang Sharnaaz pernah beritahu sebelum ini, bakal isterinya nanti mesti lah yang disukai oleh Jebat.
Meninjau akaun Tiktok Melodi, telah dikongsikan satu video yang diulangsiar daripada Insta Story Noornabila memaparkan Nabila merakam gelagat Jebat dan Amelia bermain. Amelia yang datang ke kediaman Nabila kelihatan begitu mesra bersama Jebat.
Menerusi video tersebut, Jebat dan Amelia bermain badminton bersama-sama di dalam rumah. Seronok Jebat ada Auntie Amelia yang suka melayaninya. Gelak ketawa Jebat, Amelia dan Nabila membuatkan warganet turut merasa gembira dengan kemesraan mereka itu.

Pada satu paparan gambar juga, Nabila turut memberitahu yang Jebat adalah orang yang paling bahagia pada hari itu. Nabila juga turut tag nama Amelia dan Sharnaaz pada gambar itu. Sikap Nabila juga mendapat pujian daripada semua.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@melodiberapi Happynya tengok jebatJayden!! #meloditv3 #ceritaartismalaysia #fypシ゚viral #jebatjayden #sharnaazahmad #noornabila #amelia
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 28 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Weii love g1laa attitude Nabila dan Amelia ni. Masing-masing berdamai dengan keadaan. Makin minat pulak kat Nabila.. ”
” Sportingnya ex wife sharnaaz.. amelia tengah rapat dengan sharnaaz kan hehe.. Amelia dengan Nabila macam kakak dengan adik dah.. Moga bahagia.. ”
” Muka jebat dengan amelia tu pun memang nampak seiras sngat.. suka this kind of relationship. untung jayden.. ”
” Alhamdulillah, suka tgk hubungan nabila dgn Mamu n Amelia ni, takde nak berdend4m, yg untungnya jebat Jayden sbb ramai syg.. nmpk keakraban tulus gitu.. ”
” Secara halus nabila tunjuk kat fans yang tak move on dan suruh sharnaaz balik semula dgn nabila.. professional btui depa Ni.. ”
” Macam adik kakak main petang-petang tunggu abah balik kerja hehe.. memang Jebat lah paling bahagia.. ada mummy dengan auntie amelia.. ”
” Nabila ni sebenarnya memainkan peranan, bagus dia ni. suka la positive vibes yang dia tunjuk.. contoh yang baik.. ”
Bagusn sikap Nabila dan Amelia ini, satu contoh yang baik tidak hanya untuk Jebat malah untuk warganet juga. Lebih gembira lah si Jebat Jayden ada 2 wanita yang sayang padanya. Semoga ukhuwah yang terjalin ini berkekalan selalu dan kedua-duanya dalam rahmat Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Melodi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



