Artis / Selebriti
” Anak yang boys muka ibu masing-masing. Manis-manis anak Ashraf ni.. ” – Komen Netizen
Perkongsian Ashraf Muslim gambar-gambar raya bersama keluarga besarnya curi perhatian warganet. Alahai dah besar anak-anak Ashraf. Cantik dan handsome belaka. Isteri-isteri pun manis, sejuk mata memandang..
Pelakon Ashraf Muslim diketahui umum memiliki 2 orang isteri yang cantik dan baik budi bahasanya. Perkahwinan pertama Ashraf bersama Dayana, manakala perkahwinan kedua pula bersama Wan Sakinah. Ashraf menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami yang baik terhadap Dayana dan Sakinah.
Sebagaimana keluarga lain, Ashraf, Dayana dan Sakinah juga menyambut Aidilfitri bersama-sama. Dayana dikurniakan seorang anak lelaki dan Sakinah pula dikurniakan 4 orang cahayamata. Bagi sambutan Aidilfitri tahun ini, Ashraf sekeluarga memilih tema warna emerald green sebagai busana raya mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Ashraf Muslim, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan gambar raya mereka sekeluarga. Sarah, Adam, Anas, Safiyyah dan Ali merupakan nama anak-anak Ashraf dan ianya ada ditulis pada penghujung kapsyen Ashraf.

Ramai yang memuji rupa paras anak-anak Ashraf ini. Di ruangan kapsyen pula, Ashraf mencoretkan sedikit coretan pendek mengenai Syawal. Ashraf turut mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat hari raya kepada semua yang mengenali dirinya dan keluarga.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Selamat hari raya Ashraff dan family.. keluarga bahagia yang sejuk mata memandang.. moga terus sakinah, mawaddah.. “
” Selamat Hari Raya AM and family… Tinggi2 belaka semua… Moga terus berbahagia hingga ke syurga… Aamiinn YRA.. “
” Selamat hari raya Ashraf dan seluruh keluarga.. dah besar dah semua anak-anaknya. handsome dan cantik belaka, alhamdulillah.. “
” Yang duduk kiri dan kanan tu lawa.. ikut rupa Bapa mereka. anak yang boys muka ibu masing-masing.. manis-manis anak Ashraf ni.. “
” Suka tengok keluarga Ashraf ni. aman damai je, anak-anak pun akrab satu sama lain.. pandai Ashraf memimpin isteri-isteri dan anak-anak, salute lah.. “
” Selamat Hari Raya Ashraf dan keluarga.. besar-besar dah anak-anak Ashraf.. semoga terus berbahagia selalu.. “
” Selamat hari raya Kapten Ashraf dan keluarga.. cantik-cantik anak perempuan Ashraf.. yang lelaki pun handsome ikut ayahnya.. “
Tumpang gembira warganet melihat keluarga besar Ashraf ini. Tidak semua orang dapat hidup aman dan damai sebegini. Ashraf memberikan contoh terbaik untuk semua, walaupun berpoligami, mereka masih mampu untuk gembira bersama. Selamat hari raya Ashraf daripada kami di Berita Kopak dan semoga berbahagia selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ashraf Muslim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

