Artis / Selebriti
” Apasal comel sangat, pelat nombor 2. Yang penting nyanyi ikut tempo tu, power dik.. ” – Netizen
Video Adik Arfa Menyanyi Di Pentas Audition Bintang Kecil RTM Mencuit Hati Warganet. Kecil Kecil Cili Padi Arfa Ni. Confident Betul Adik Arfa Menyanyi Depan Ramai Orang, Pelat-Palat Pun Tetap On !!
Adik Arfa sudah beberapa kali viral di media sosial kerana bakat nyanyiannya. Anak kecil ini baru sahaja berusia 3 tahun, namun minatnya mendalam dalam bidang nyanyian. Antara lagu yang digemari oleh adik Arfa adalah lagu Lemak Manis.
Meninjau entry di akaun Tiktok Arfaadwa21, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan gelagat adik Arfa yang ingin turut sama menyanyi di pentas audition Bintang Kecil RTM. Event ini berlangsung di Kuching Sarawak. Nabil selaku pengacara membawa adik Arfa naik ke pentas utama.
Kata Nabil, tidak elok menghampakan impian si kecil ini untuk menyanyi. Kali ini adik Arfa membawakan lagu kegemarannya itu. Sekali pun sebutan Adik Arfa masih pelat tetapi tempo dan lenggok lagu tetap dinyanyikan dengan betul.

Rata-rata warganet terhibur dengan persembahan oleh adik Arfa ini. Komen mereka, jika terus digilap bakat Arfa ini tidak mustahil Arfa akan menjadi penyanyi popular. Suaranya memang comel ditambah pula gelagatnya yang berjoget setempat, memang cute sangat Adik Arfa.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@arfaadwa21 Fuhhh bukan main adik Arfa ni.Dia pun nk try audition Bintang Kecil @SeksyenTVSarawak lah🤣🤣🤣 Umur belum cukup tapi hati tetap kuat nak join ujibakat jugak😊🤣 Xpa lah arfa.Kita layan jer lah🤣🤣 #fyp #foryoupage #arfalemakmanis #viral @Roslan Madun@TVS Entertainment @CATS FM @ERA Sarawak
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kau lagi pandai nyanyi ikut tempoh dek. abang nyanyi tempo ke kiri, suara ke kanan haha.. terbaik lah berani.. ”
” Kalah Alif Syukri sampai habis aku layan adik arfa nyanyi. Bila besar nnti bleh citer kt kwn2.. ‘aku umur 3 thn dh start perform kt pentas.. ”
” “Aneee mayayu” comel la dik pelat tu heheh.. his confidence level is high.. ank sape lh ni berckp lum lurus tp dh berani menyanyi kt pentas hebat.. ”
” Ank meyayuuu…. alaaaaa.. ape comey nau2.. pelat no 2 .. yg penting nyanyi ikot tempo tu… power dikkk.. ”
” Pelat pun sedap aihh suara.. Bukan semua budak berani macam ni. Lagi-lagu usia dia baru 3 tahun.. ”
” Hala halaa anak shiyapeee… sopan santun anak meyayu.. comel sangat lah dik. sedap adik nyanyi.. smart and talented kid.. ”
” Level confident adik ni tinggi.. mesti dah besar suara sedap ni.. alaaaaaaaaaaaaaaa conel sangat ni… boleh ikut tempo and hafal pulak tu… geram laaaa nak kenal please.. ”
Wah adik Arfa, tahap keyakinan diri memang tinggi, kalah lah orang dewasa. Seronok warganet mendengar nyanyian adik Arfa, pelat-pelat pun menghiburkan hati. Teruskan mengasah bakat Arfa dan semoga nama Arfa menjadi sebutan dan menerpa kejayaan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Arfaadwa21
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



