Artis / Selebriti
” Awesome je Liza menyanyi, macam ni pun dah meremang dengar.. ” – Komen Netizen
Video persembahan Liza Aziz di konsert minggu ke 8 Gegar Vaganza 11 menyanyikan lagu Masing-Masing raih pujian ramai. Patut lah Tok Ram pernah puji suara Liza ini mega, meremang dengar..
Sejak bermulanya Gegar Vaganza 11, nama Liza Aziz menjadi sebutan ramai penonton setia rancangan realiti TV hiburan ini. Liza mempunyai aura dan karismanya yang tersendiri dan juga merupakan penyanyi lagenda yang pernah mewarnai dunia seni suatu ketika dahulu.
Meninjau entry di akaun Instagram Media Hiburan Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan nyanyian Liza untuk GV minggu ke 8. Minggu ini bertemakan ‘Kengkawan’ , Liza mengalunkan lagu dendangan asal Ernie Zakri berjudul Masing-Masing.
Sememangnya sejak minggu lalu lagi, peminat Liza khasnya tidak sabar untuk mendengar nyanyian Liza untuk lagu ‘berhantu’ Ernie ini. Liza membuktikan yang dirinya mampu menyanyikan lagu era baru dengan baik dan cukup bagus. Lagu apa pun yang jatuh ke tangan Liza, pasti auranya akan terasa berbeza.

Masing-masing dinyanyikan dengan cara Liza tersendiri dan nyanyiannya itu menusuk ke hati semua pendengar. Suara Liza seperti biasa maintain sahaja dan vokalnya juga power. High note bukan masalah untuk Liza kerana itu adalah kekuatan dirinya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ratusan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tak boleh dinafikan, Liza memang mega.. cantik, suara meletop, style tersendiri tanpa dibayangi penyanyi asal.. padu lah Liza.. “
” Padu Kak… macam Penyanyi² kulit hitam era 80an.. suara kalau sedap nyanyi lagu upin ipin pun best . Bukan lagu makanan dia tapi dia boleh bawak semua lagu.. “
” Suara tu gifted betul.. Klau nyanyi lagu dayang i think x sesuai .. sbab faham2 lah lagu dayang sesuai utk dayang je . tp lagu ni mmg best Liza aziz nyanyi.. “
” Baju dan penampilan memang lawooo gila. Suara memang juara no syatu. Okay next week lagu besttt.. “
” Suara tu yg sedap. Lagu apa pun blh bawa. Gifted.. Sedap sgt . Tp kalo ada part yg kna berbisik tu . Lg sempoi.. mcm ni pn dh menangkap meremang.. “
” Awesome je dia menyanyi.. giler tak onz.. sangat sangat wow.. feel tu sampai ke hati.. tiap minggu memang tunggu persembahan liza.. “
” Tema minggu depan Mendonia. Mas Que Nada more like Samba + Jazz. Sy terfikir kalau2 kak Liza dpt lagu Rosalinda jeng jeng jeng.. “
Suara Liza sememangnya merdu dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Liza meraih tempat kedua pada minggu ini dengan markah 74 % dan hanya berbeza 0.40 % sahaja daripada juara mingguan iaitu The Lima. Apa-apa, minggu depan persembahan Liza pasti akan memberi saingan sengit kepada semua peserta yang tinggal.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan, IG Astro Gempak, Tiktok Sooka Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

