Artis / Selebriti
” Ayash, siapa sakiti awak ni dik. Bukan main Ayash tarik suara, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Ayash menyanyi lagu Ernie Zakri, Masing-Masing buat warganet terhibur. Alahai, comelnya suara Ayash. Dia punya feel tu, macam tersakiti sangat. Walaupun lirik ke laut, tapi tempo tetap on. Part Ayash tarik suara tu kelakar. Terkejut Thalita, haha..
Anak bongsu peninggalan arwah Siti Sarah Raissuddin iaitu Ayash Affan antara yang sering mencuri perhatian warganet. Ayash sudah pun 4 tahun usianya dan banyak telatah Ayash yang menghiburkan warganet. Ayash sangat manja dengan adik beradiknya lebih-lebih lagi bersama kakak Thalita.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Shuib Sepahtu, telah dikongsikan satu video terbaru Ayash ketika bersama Thalita. Kelihatan Thalita sedang berlatih menyanyi dan mendendangkan lagu popular Ernie Zakri berjudul Masing-Masing.
Sedang asyik Thalita menyanyi, Ayash datang dan ingin sama menyanyi. Suara Ayash yang comel itu mencuit hati warganet. Walaupun Ayash tidak menghafal lirik seperti Thalita tetapi Ayash tahu tempo lagu itu dan menyanyi mengikut tempo yang betul.

Part Ayash menarik suara itu melucukan sehinggakan Thalita sendiri ketawa mendengar suara adik kesayangannya itu. Dari caranya menunjukkan minat menyanyi, Ayash juga ingin menjadi penyanyi seperti kakak Thalita. Sampai berebut microphone dengan kakak Thalita kerana ingin menyanyi.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Kecik2 dh pndai nyanyi ikut tempo yg betul. Comel la Ayyash.. Dalam pada x pandai bcakap, hafal melodi tu yg power tu.. ini klu dia hafal baca surah mcm imam mekah ni kompom A++++. Genius bdk ni.. “
” Comel je kakak dan adik ni.. Ayashh boleh jadi penyanyi jugak ni nanti.. Talitha nyanyi merdu enak untuk didengar, Ayyash ingin belajar nyanyi. Comelnya Ayash.. “
” Uiiiyoo btl2 menjiwai lagu ayyash.. ayash … main jiwa ke tu,sape kecewakan ayash ni.. Berebut MIC dgn Kakak.. comel ayash.. “
” Comel Ayash nyanyi dgn caranya sendiri. Bakal bintang suatu hari nanti.. ayash pandai ikut tempo.. Sukanya tgok thalita_shuib & ayash. Thalita mesti kakak yg baik & rajin layan adik. Tp mmg suka la tgok anak2 shuibsepahtu .. sgt rapat sesama dorang.. “
” Nak nyanyi ke nak marah orang ni ayash haha. comel betul.. cerdik sungguh. Ayash hafal lirik. walau pelat tp aunty boleh faham.. “
” Mana tumpahnya kuah klo x ke nasi ye x Ayyash.. Ayyash nak jugak.. Pandai lak tu tong walau lirik krik krik.. Ayah kene beli 2 mic lepas ni.. udah berebut tu ayah nye haha.. “
” Ayash, siapa sakiti awak ni dik haha.. bukan main Ayash tarik suara eh.. kakak thalita pun terkejut.. ni kalau digilap mau jadi penyanyi jugak dak ayash ni.. “
Comel melihat telatah Ayash yang ingin menyanyi bersama-sama Thalita itu. Sekali Ayash keluarkan high note dia, kakak Thalita pun boleh terkejut. Tersakiti sangat ni Ayash, Ayash menjiwai sepenuh hati lagu ini. Kecil-kecil lagi sudah minat menyanyi, tak mustahil Ayash akan menjadi penyanyi hebat seperti ibu apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shuib Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

