Artis / Selebriti
” Baby Snow White, comelnya. Wah nama dah lain lah.. ” – Netizen
Video Photosho0t Anak Ketiga Mawar Rashid Yang Kini Berusia 2 Bulan Bertemakan Snow White. Alahai Cutenya Little Princess Ni. Eh Nama Baby Dah Tukar Lain Lah, Hari Tu Ada Nama ‘Sayang’. Nama Baru Pun Unik !!
Pada bulan Januari yang lalu, Mawar Rashid selamat melahirkan cahayamata ketiganya yang merupakan seorang bayi perempuan. Sebagaimana Rafael dan Cinta, kelahiran kali ini juga secara normal. Pada ketika itu Raf dan Mawar memaklumkan nama bayi mereka ini sebagai Raden Seri Riyanna Sayang.
Namun kini bayi perempuan ini sudah diubah namanya. Meninjau akaun Instagram Mawar Rashid, telah dimuatnaik video ketika sesi photosh00t bayinya ini. Raden Seri Roseanna Camilya, itu nama baru baby Lya.
Bertemakan kisah dongeng Snow White, baby Lya dipakaikan pakaian dan dihias laksana seorang puteri. Dengan epal merah di tangannya, baby Lya terlihat seperti wajah abangnya, Rafael. Makin comel baby Lya ini dan ramai yang mengatakan baby Lya c0py paste muka Mawar.

Mawar turut memberitahu sebab mengapa nama anaknya ini ditukar. Kata Mawar, mereka menginginkan agar semua anak perempuan mempunyai nama ‘ rose ‘ . Iyelah mamanya kan mawar, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian oleh Mawar ini telahpun meraih lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Cutenya baby, comelnya sayang. Cepat besar solehah ya sayang. Cantik seperti mommynya.. “
” Princess snow white ala baby Camilya . Baby jer dah comeyy apalagi bila besar nanti tentu ayu macam ibunya.. “
” Comel muka mummy sangat. Sebijik mommy hehe.. mommy Mawar, anak-anak Rose.. Semoga sihat selalu baby Lya.. “
” Omooo snow white in real life. ibunya mawar anaknya rose hehe.. Panjangnya nama tapi baby Lya comel sangat.. “
” Mirip abang Rafael la. comelnya baby Lya.. Comelnya posing sambil tidur tu. Alahai little snow white ni.. “
” Muka Mekwa sangat.. comel lah.. Real princess, cute dan cantik macam mommy. Sleeping beauty betul ni, beria dia tidur hehe.. “
” Baby snow white, comelnya. Wah nama dah lain lah.. best jugak nama baru ni. Unik dan lain dari yang lain.. “

Sesuai sangat tema Snow White, tengoklah baby Lya punyalah lena tidur. Apa-apa pun, semoga baby Lya menjadi seorang anak yang solehah, anak yang bijaksana dan membanggakan kedua orang tua apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mawar Rashid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

