Artis / Selebriti
” Bacaan mirip Sheikh Mishary Al Afasy.. ” – Ustaz Tarmizi
Video anak Dato’ Seri Vida, Cik B mengaji secara live untuk rancangan Geng Ngaji raih pujian warganet. Hebat lah Cik B, siap bertaranum. Ustaz pun puji bacaan Cik B, bukan biasa-biasa Cik B ni..
Rancangan Geng Ngaji antara slot keagamaan yang membawakan pengisian berguna kepada semua sepanjang Ramadhan ini. Ramai selebriti yang diundang sebagai tetamu jemputan untuk memperdengarkan alunan suara mengaji ayat suci Al-Quran, antaranya adalah anak perempuan usahawan terkenal Dato’ Seri Vida iaitu Cik B.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Tazkirah Malam Jumaat, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Cik B memenuhi undangan Geng Ngaji. Ternyata di sebalik imej Cik B yang lasak, Cik B sangat hebat dalam mengaji, pandai Cik B bertaranum.
Cik B membacakan surah At-Taghabun ayat 15 hingga 16. Menyanyi semua tahu Cik B pandai, mengaji juga tidak kurang hebatnya. Setelah Cik B selesai mengaji, Ustaz memuji bacaan Cik B dan mengatakan alunan suara Cik B menyerupai taranum Sheikh Mishary Al-Afasy.

Beruntung Dato’ Seri Vida ada anak yang pandai mengaji seperti Cik B. Ilmu dunia dan akhiratnya seimbang, Alhamdulillah. Untuk bacaan Cik B ini, Ustaz memberikan markah mumtaz kerana bacaannya cukup baik. Sejuk perut mama Cik B ada anak yang bijak al-Quran.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Cik B ni adab dia sangat tinggi, love sangat dengan attitude Cik B ni.. Setakat ini mimifly dan cik B aku rasa terbaik bacaan diorang.. “
” Cik B tak kosong, tabarakallah.. pandai Cik B mengaji. Cikb anak mama yg hebat.. Dsv dah beri yg terbaik untuk ank²nya. Sangat merendah diri.. “
” Masya Allah terbaik lah Cik B.. Subhanallah.. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah.. Comel cik b pakai tudung.. “
Cik B sebelum ini juga pernah mencuri perhatian warganet apabila mendedahkan dia sejak kecil lagi menghafal dan mengamalkan surah Ad-Dhuha. Dato’ Seri Vida sentiasa sentiasa menekankan Cik B untuk sentiasa membaca Al-Quran setiap hari walau sesibuk mana pun Cik B.

Alhamdulillah, semoga Cik B sentiasa istiqomah dan meneruskan kerajinannya untuk membaca Al-Quran dan beroleh syafaat di akhirat kelak. Semoga video ini memberikan insprasi untuk semua khususnya anak muda GenZ untuk mencintai dan mengamalkan Al-Quran seperti Cik B.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Tazkirah Malam Jumaat
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

