Artis / Selebriti
” Bagus Tokti, tak tapau sorang. Part yang sedap dia past pada Nadeera.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza berduet dengan Nadeera Zaini di konsert Magisiti buat ramai terpukau. Fuh sama-sama padu, memang ngam sangat duet Tokti dan Nadeera ni. Sedap sangat suara..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Astro Malaysia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza berduet bersama penyanyi yang semakin meningkat naik, Nadeera Zaini. Mereka digandingkan dalam Konsert Magisiti 2025.
Ianya peluang keemasan yang sememangnya dinanti-nantikan oleh Nadeera. Menerusi perkongsian di Instagram Rocketfuelent, berduet dengan DS Siti adalah impian Nadeera. Kehebatan vokal Nadeera menjadikan ianya penarik untuk DS Siti mengundang Nadeera sebagai tetamu undangan Magisiti 2025.
Kata DS Siti, dia mengagumi suara Nadeera yang merdu dan lunak. Mendendangkan lagu Nirmala, paduan suara DS Siti dan Nadeera memukau penonton. Saling bekerjasama dan tidak menenggelamkan antara satu sama lain, persembahan DS Siti dan Nadeera menghiburkan semua.

DS Siti dan Nadeera juga turut berduet menyanyikan lagu Nazam Lebaran bersama Umairah. Satu persembahan yang hebat, vokal yang padu daripada kedua-duanya. Ramai yang menyukai dan memuji kehebatan suara DS Siti dan Nadeera. Semakin padu lagu Nirmala apabila diduetkan seperti ini.
Jom tonton video di bawah :
@astromalaysia Tak sangka kita sangat perlukan duet ni!! 😆💜💚 Korangg! Jom buka Astro Ria sekarang! Atau boleh strim dekat Astro GO! ✨ #AstroOne #fyp #MAGISITI #SitiNurhaliza #TokTi #IndahnyaLainMacam #MeriahLainMacam
@astromalaysia Bila tiga tiga ni bergabung fuhh 😮💨💚💜💙 Korangg! Jom buka Astro Ria sekarang! Atau boleh strim dekat Astro GO! ✨ #AstroOne #fyp #MAGISITI #SitiNurhaliza #TokTi #IndahnyaLainMacam #MeriahLainMacam
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Bagus tokti.. dia tak tapau sorang².. part yg sedap dia past pada nadeera.. dlm nirnala pn dia past pd nadeera.. “
” Saling melengkapi, bukan lawan siapa bagus sebab range suara lebih kurang. duet macam ni yang kita suka.. “
” Setakat ni nadeera yg paling okey nyanyi lagu ni. tokti tiada tandingan.. Nadeera belajar dari DCT, menyanyi sentiasa senyum. Nadeera cantik sambil menari. DCT superb. Biduanita Negara. No 1.. “
” Tokti tiada tandingan, tapi nadeera try sama kan level dia dgn tokti . terbaik nadeera baru betul.. Effort301%.. Energy both them is on fire.. duet yg really ngam.. “
” Jarang org lain nyanyi lagu tokti sedap.. tp nadeera sedap ngat.. harap sgt nadeera and ctdk dpt release lagu irama malaysia bersama mcm lagu hati kama tu.. “
” Dua dua ni ada tong oksigen padu betul suara.. mesti nadeera nervous nyanyi sebelah tokti.. idola dia kot.. nasib suara sedap.. tokti approve.. “
” Gabungan meletop.. memang menghiburkan love it.. tokti memang tak ada tandingan. nadeeera sweet dan padu suaranya.. meremang dengar.. “
” Nadeera tak tenggelam dengan biduanita, good job gurl.. ni baru padan dgn tokti.. suara kedua yer sama sama sedap.. Complement each other.. best sangat suara nadeera, ngam dengan tokti.. “
Sama hebat, walaupun sudah bergelar biduanita, DS Siti pandai mengawal suasana agar Nadeera tidak nampaj tenggelam. Nadeera juga berusaha sehabis baik dan kemerduan suaranya memang wajar diberikan pujian. Nadeera antara pasangan duet yang terbaik untuk DS Siti. Semoga bakat Nadeera akan lebih menyerlah dan menjadi bintang sehebat idolanya itu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Astro Malaysia, Instagram Rocketfuelent
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

