Artis / Selebriti
” Banyak punchline tak tahu nak gelak yang mana satu. Tak dan, haha.. ” – Komen Netizen
Video Elly Mazlein cuba meniru content video lain buat ramai terhibur. Adoi, ada sahaja idea lawak Kak Kepom ni. Memang tak terjangka dek akal, haha..
Menerusi akaun Elly Mazlein, perkongsian sebuah video yang memaparkan Elly cuba meniru satu video konten telah meraih perhatian ramai. Video asal memaparkan seorang wanita sedang memakan satu biskut yang cukup besar dan menjadi viral di media sosial.
Menerusi video tersebut, wanita tersebut mengigit biskut pada bahagian yang tidak dicelup ke dalam susu. Elly pula meniru dengan memaparkan dirinya cuba memakai kanta lekap, namun di akhir video lain pula gayanya. Elly menghalakan kanta lekap tersebut ke dalam lubang hidung.
Hal ini membuatkan ramai terhibur kerana Elly membuat sesuatu di luar jangkaan. Pandai betul Elly mendapat idea untuk menghasilkan satu video yang cukup lawak. Agak-agaknya apa akan jadi kalau hidung ditutup dengan kanta lekap, hehe.

Perkongsian video ini telah menerima lebih lapan ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ada sahaja lawak Elly dalam apa jua keadaan. Kalau tak serius, bukan Elly Mazlein lah katakan. Memang terhibur dibuatnya.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan video lawak Elly ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Banyak punchline x tau nak gelak yg mana satu..x dan.. dia ni…..awat p tonyoh kat situ.. mata kat hidung.. hidung kat mana?… haha.. “
” Kami x ready ngam joke kak lina.. terima kasih kak sbb hiburkan hati saya. Kak aku sakit kaki tau kak.. dah agak dah kemana peginya lens tuu.. “
” Tak sangka betul ,ke situ tuju Nye. Boleh bernafas tak tu.. tak muat tu.. Ulang tgk baru pasan .. laju jer perginya.. “
” Igtkan nk buh mata sbelah lg..haha rupanya aku x ckup klakar.. Aiyo kak kepom . Apa ni Malaysia.. apa salah masuk ni.. “
” Wehh wehh… awat slh bubuh tu.. benda ni dah ada orang buattt!! Kak…tak baikkk buat kami tergelak magrib2 ni.. sakit mata.. “
” Kena marah sebab ketawa waktu Maghrib. Malam Jumaat pulak tu. makin lama sy makin seteres ngn kak lina.. “
” Bukannnn…. bukannnn….. bukannnn… ..taruk kat situ.. iye la plk..cicah tang lain,gigit tang lain..eh dia pun nak jgk. “
Sikap Elly Mazlein yang suka berjenaka memang menjadi tarikan utama dirinya. Lawak-lawak spontan Elly sentiasa menceriakan suasana dan membuatkan ramai orang terhibur. Tidak hairanlah jika dia digelar antara artis paling sporting dan menghiburkan di Malaysia.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report u
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

