Artis / Selebriti
” Bapak Tiara ni boleh tahan gelak. Kalau aku memang berdekah situ dah, haha.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Achey Bocey, Tiara Zinnirah Nasir Solat Berjemaah Bersama Achey Di Rumah Buat Ramai Terhibur. Adui Tiara, Dah Macam Nak Bertempek Betul Dengan Ayah Tu. Time Sujud Tu, Nasib Tak Masuk Dalam Kain Nak Oii !!
Telatah anak Achey Bocey, Tiara Zinnirah Nasir seringkali menggeletek hati warganet. Saban hari ada sahaja gelagat Tiara mengusik Achey lebih-lebih lagi jika tiba hari Jumaat. Bukan sekali, malah berkali-kali juga Tiara mengikuti Achey ke masjid untuk solat Jumaat.
Meninjau akaun Instagram Achey Bocey, telah dikongsikan satu video yang memaparkan aksi Tiara ketika bersolat jemaah bersama Achey di rumah. Tulis Achey di ruangan kapsyennya berbunyi ‘ Harini korang layan dia kat umah je. lagiii perangai Tiara ‘.
Dari awal solat sehingga ke akhir video, memang terbahak warganet melihat gelagat Tiara. Entah bagaimana lah si Achey menahan dari ketawa. Bukan main rapat lagi Tiara berdiri di belakang Achey. Bak kata warganet, macam hendak melekat sudah makmum dengan imam.

Macam-macam gaya keluar kali ini, sampai terangkat kain telekung Tiara dan membuatkan wajahnya tertutup. Hampir-hampir lah Tiara sujud masuk ke dalam kain Achey. Nasib Tiara pandai sengetkan badannya dan sujud ke tepi. Ad0i ada anak kelakar macam ni, boleh terbatal sembahyang kalau tidak kuat iman.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Achey ini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dekat sangat tu Tiara. Dia ingat macam masa jalan jalan dekat luar kena dekat dengan ayah haha.. Member mcm dh bagi salam tu. Terkejut eh ada lagi hahahaha tiaraaaa.. ”
” Respek dengan bapak tiara ni boleh tahan gelak. Kalau aku memang berdekah situ dah haha.. Tiara Tiara, lebih 3 kali pergerakan dah tu Tiara haha.. ”
” Anak sy pon setahun setengah suka ikut bapaknya solat , tapi jgn sampi ikut bapaknya nanti nak pegi solat jumaat dah la.. ”
” Haha ke belakang la sikit makmum pun haha.. Terpaksa kuatkan suara, kalau baca slow tak tahan gelak tu haha.. ”
” Macam nak melekat dengan imam dah makmum ni pun haha.. Betul sangat dah tu makmum belakang imam.. Tak salah pun Tiara, comelnya lah haha.. ”
” Akak tak tahan gelak tengok Tiara, comel nau.. Saf rapat dia rapat sungguh-sungguh haha.. Tiara melekat tu Tiara haha.. Ngikut betul perangai ayah suka buat lawak haha.. ”
” Boleh tahan gelak ayahnya haha.. kalau saya dah berdekah dah gelak haha.. Sabar lah ya bang Achey.. Alahai comelnya Tiara ni.. ”
” Nasib sujud dia kona ke kanan, ingat dia nak masuk dah dalam kain hahaahaa tiara oh tiara.. ger4m betul dekat Tiara ni haha.. ”

Tiara Tiara, macam-macam hal sungguh anak dar4 ayah seorang ini. Mesti lepas selesai solat terbahak ketawa si Achey. Penghibur hati ayah dan mama sangat Tiara. Apa-apa pun, bagus Tiara rajin mengikut ayah solat. Tidak mengapa, nanti tentu Tiara dapat solat dengan sempurna, teruskan usaha ye Tiara.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Achey Bocey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

