Artis / Selebriti
” Benda yang Aliff rasa tak appropriate pun untuk Aliff kongsi kerana.. ” – Aliff Aziz
Video respon Aliff Aziz apabila ditanya mengenai isu gambar Bella Astillah yang ditutup dalam foto keluarganya raih perhatian ramai. Ini rupanya perkara sebenar yang terjadi..
Nama pelakon dan penyanyi kelahiran negara jiran Singapura, Aliff Aziz banyak dilanda kontroversi sebelum ini. Kisah peribadi Aliff yang dicemari dengan banyak peristiwa hitam membuatkan Aliff menyepi dari radar peminat. Sejak kebelakangan ini, Aliff dilihat kembali aktif dalam industri.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Inspirasi.my, telah dikongsikan satu video temubual terbaru Aliff bersama pihak wartawan. Aliff ditemui di majlis jamuan raya iQIYI yang berlangsung hari ini. Kesempatan tersebut digunakan oleh pihak wartawan untuk bertanyakan beberapa isu hangat yang melibatkan Aliff dan kehidupannya.
Menerusi video perkongsian ini, wartawan meminta penjelasan Aliff mengenai isu hangat gambar Bella yang ditutup dalam foto keluarga yang tular pada minggu lalu. Sekadar info, ibu Aliff, Siti Hafiza Basharahi berkongsi satu gambar di akaun media sosial miliknya. Namun gambar keluarga di belakang Aliff menjadi perbualan netizen.

Sekali pun ibu Aliff tidak memfokuskan kepada gambar tersebut, namun pandangan mata netizen tertumpu kepada gambar itu. Pelbagai reaksi diberikan oleh warganet selepas melihat potret keluarga Aliff yang diletakkan pada dinding kediaman mereka.
Jom tonton video di bawah :
Sebagai anak, Aliff cuba memberikan jawapan dan penjelasan yang terbaik untuk semua. Memandangkan itu adalah kediaman ibu ayahnya, Aliff mengatakan segala hiasan adalah hak ibunya. Bagi Aliff, warganet bebas untuk membuat apa jua andaian kerana ianya tersebar tanpa disengajakan.

Penjelasan daripada Aliff ini sememangnya dinanti-nantikan oleh ramai warganet. Sama ada gambar Bella sengaja ditutup kerana ada motif atau tujuan tertentu, hanya ibu Aliff yang lebih mengetahuinya. Apa-apa pun, semoga penjelasan ini dapat menjawab semua pertanyaan orang ramai.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Inspirasi.my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

