Artis / Selebriti
” Berair air mata duk gelak ayaqblender. Random betul, nasib la Seth dapat papa masuk air.. ” – Komen Netizen
Video Ubai melukis kepala anaknya, Seth Uwais seperti Avatar Aang buat warganet terhibur. Seth punya happy sampai ke kedai mamak bawa kepala botak bercorak. Bila balik rumah, terkejut Shila tengok Seth. Ini semua papa punya kerja, haha..
Telatah suami Shila Amzah, Ubai dan anak mereka, Seth Uwais seringkali menghiburkan warganet. Jika Seth bersama Ubai, ada sahaja aktiviti anak dan ayah ini yang menggeletek hati ramai. Sebelum ini Ubai ada berkongsikan video Seth dibotakkan kepalanya gara-gara kutu kembali bersarang.
Kali ini pula video sambungan daripada perkongsian tersebut dan Ubai membuat sesuatu kepada Seth. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Ubai, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ubai bertanyakan kepada Seth adakah Seth ingin menjadi superhero.
Seth yang selalu ceria ini mengatakan dia mahu dan Ubai tanpa berlengah lagi memulakan projeknya. Ubai menggunakan warna air untuk melukiskan simbol watak Avatar Aang di atas kepala Seth. Dengan bentuk anak panah biru di atas dahi, Seth kelihatan begitu gembira dengan apa yang papanya lakukan.
![]()
Selepas Ubai selesai melukiskan simbol Avatar Aang di kepala Seth, mereka ke kedai mamak dengan penuh yakin. Terhibur pekerja di situ dengan gelagat Seth. Kembali sahaja ke rumah, Shila memandang Seth dengan terkejut dan membuat muka tidak puas hati.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Berair air mata duk gelak… aduyaiii mmg senpoii smpai ke mamak g yer.. mmg tdo luar laa korg brdua.. “
” Wehhh ayaqblender.. Kalau buat channel seth n papa msti best ni… random betulll.. Nasib la seth dpt papa masuk air.. “
” Muka brubah cuak dan dia pun berkata “Mom was angry” . Comell laa.. rosak la budak tu ubai haha.. “
” Haha masuk ayaq papa nya pun.. comelnya dua beranak ni.. best dapat papa yang baik dan penyayang macam ubai ni.. sekepala dah seth dengan papa.. “
” Habislah mamanya marah haha.. kalo akak ni aku avender kan plak si ubai nih.. terus jadi the 2 last ayaqblander.. “
” Haha random betul seth ni.. sampai ke mamak pulak tu.. Cutenya.. can see so much love between papa and Sethy.. priceless.. “
” Lawak la 2 ketui ni haha.. Sethy ni random, tetiba “papa awk sayang saya ke?” Haha.. dia tenung muka ubai dulu baru tanya.. syabas ubai jadi papa yang baik.. “
Terhibur warganet dengan telatah Seth itu, bukan main happy Seth mengaku dirinya superhero. Ubai memang seorang ayah tiri yang terbaik untuk Seth dan kasih sayang Ubai terhadap Seth menyentuh hati ramai. Semoga Seth terus bahagia dengan adanya papa sebaik Ubai dalam hidupnya.
![]()
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ubai
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

