Artis / Selebriti
” Berani encik Khairul salah tarikh, nasib tak kena hempuk dengan Ina, haha.. ” – Komen Netizen
Video Ina Naim dan Khairul Rizal bermain quiz untuk menguji keserasian antara mereka buat warganet terhibur. Part soalan tarikh bertunang tu, confident betul Khairul jawab. Tarikh cantik katanya, sebab tu dia ingat. Sekali tersilap rupanya. Lawak lah, haha..
Hampir sebulan Ina Naim dan Mohd Khairul Rizal mendirikan rumahtangga. Hari demi hari, banyak tawaran yang Ina dan Khairul terima daripada founder produk untuk muncul sebagai penyeri dalam iklan produk jualan mereka. Salah satunya ialah Enuur HQ produk berasaskan bahan bacaan Al-Quran.
Meninjau entry di akaun Tiktok Enuur HQ, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ina dan Khairul bermain quiz untuk menguji keserasian antara mereka. Beberapa soalan ditanyakan kepada Ina dan Khairul untuk mereka jawab.
Soalan pertama yang ditanyakan kepada pasangan ini adalah warna baju yang Khairul pakai masa first date. Untuk soalan ini kedua-duanya memberikan jawapan yang sama. Soalan kedua pula mengenai size kasut Ina dan encik Khairul berjaya memberikan size yang betul.

Soalan terakhir adalah tentang tarikh pertunangan mereka. Beberapa kali juga Ina memadam jawapannya dan meminta sedikit masa lagi. Ina memberikan jawapan 7.6.2024, manakala Khairul pula menulis 7.7.2024. Kata Khairul tarikh tunang mereka tarikh cantik dan jatuh pada hari Jumaat.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@quranenuur Masing2 dah lupa…aiyokk..sape buleh bantu😂 #fyp #inanaim #alquranenuur #enuurhq #alquranterjemahan #ambassador
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Pilih tarikh cantik tapi tetap tak ingat. Lawak lah Ina dengan Rizal ni, dua-dua sekepala jenis masuk air jugak.. “
” Suka tengok Ina, happy je.. Ina selalu bersyukur apa yang Allah beri pada dia. pahit manis semua dia happy je.. “
” Cantik lah baju yang Ina Naim pakai tu.. makin cantik Ina sekarang.. seronoknya tengok 2 orang ni sweet je tengok.. “
” Alhamdulillah sejiwa.. tumpang gembira tengok kebahagiaan Ina sekarang.. tengok ina bahagia, kita pun merasai bahagia tu.. “
” Sejiwa dorang berdua ni. lawak tak henti ketawa dari awal sampai akhir.. women always right.. “
” 7 jun betul hari Jumaat.. 7 julai bukan hari jumaat tau tapi hari ahad. haha siap ingat hari lagi en khairul.. “
” Tersengih-sengih kita tengok Ina dan Khairul ni, sehati sejiwa kita pun ketawa sama tengok dorang berdua ni.. berani encik khairul salah tarikh, nasib tak kena hempuk dengan Ina, haha.. “
Ketawa sahaja Ina dan Khairul bermain permainan ini. Boleh pula salah seorang lupa tarikh sebenar majlis pertunangan mereka. Pilih tarikh cantik katanya, tetapi rupa-rupanya tersilap bulan, hehe. Apa-apa pun semoga Ina dan Khairul terus gembira begini dan dimurahkan rezeki selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Enuur.hq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

