Artis / Selebriti
” Berdekah dengar ayat Amayan ni. Jarang salesman tak bagi beli semua. Amayan memang rare, haha.. ” – Komen Netizen
Video lakonan Ammar Ahyan dan Hadie Elfardie mempromosikan YES D’Herbs buat warganet terhibur. Adui Amayan, punya lah nervous jadi salesman, sampai shawl pun jadi Syawal. Suruh beli tapi larang beli banyak. Memang lawak ayat Amayan tu. Haha..
Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida sedang hangat mempromosikan Year End Sales (YES) di Wisma D’herbs Kota Damansara yang akan berlangsung sehingga 31 Disember nanti. Banyak video iklan yang dihasilkan untuk tujuan pemasaran lakonan Qadejah El Zahra dan Ammar Ahyan.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Shahida Dherbs2, telah dikongsikan satu video yang memaparkan iklan lakonan Ammar bersama anak sulung Ina Naim, Hadie Elfardie. Kali ini, Ammar diberi tugasan berlakon menjadi seorang salesman untuk mempromosikan tudung keluaran Papa Laris.
Lakonan Ammar dan Hadie mengundang tawa warganet. Hadie bertanyakan tudung yang sesuai dibelikan untuk ibunya dan Ammar menunjukkan beberapa koleksi tudung yang ada. Apa yang mencuit hati warganet apabila Ammar tersasul menyebut shawl sebagai Syawal.

Satu lagi babak yang membuatkan warganet terhibur apabila Hadie mengatakan ingin membeli semua warna untuk koleksi yang Ammar cadangkan. Jika selalunya salesman gembira dan menggalakkan pelanggan untuk memborong tetapi lain pula berlaku apabila Ammar menjadi salesman.
Jom tonton video di bawah :
@shahidadherbs2 Ammar kalau jadi Salesman akan jadi macam ni la. Orang nak beli banyak dia tak bagi. Dia suruh beli apa yang dia suruh je😂😂. Korang datang sekarang tengah meriah ni dekat Wisma D’herbs Kota Damansara. Mama buka dari jam 9 pagi sampai la jam 9 malam hari hari tanpa cuti. Sekarang sehingga 31 Disember ini tengah rancak buat Year End Sale ya.
♬ original sound – Nur Shahida Mohd Rashid – Nur Shahida Mohd Rashid
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” ‘ Bukan semua la, amik yang saya cakap tadi’, haha berdekah dengar ayat Amayan ni. jarang-jarang salesman tak bagi beli semua. amayan rare haha.. “
” Haha syawal terus dibantainya Amayan haha.. Aku ingat Syawal tu brand rupanya shawl haha. adui amayan amayan.. shawal tu raya amayan, kalau yg kami pkai ni org pgil shawl tau,hehe.. “
” Dua-dua Anak Sulung.. Sorang Extrovert sorang Introvert… shawal guyzzzz tuk Raya 2026 haha.. Rileks amar jgn nervous sgt hehe.. “
” Assalamualaikum… dijawabnya assalamualaikum…? Ammar neves ke haha.. Syawal lambat lagi Amayan haha.. Syawal bulan 3 nti amayan kene puasa dulu.. “
” Haha Syawal, muharam. Safar ada tak haha.. shawl amayan bukan shawal haha.. Ramadhan ada tak amayan haha.. “
” Belum Ramadhan lagi .. laju da masuk shawal. Shawal pun boleh lah amayan.. korang jangan salah tau. Ramadhan belum keluar lagi.. “
” Auto tergelak Syawal haha.. bagus amayan confident betul.. salesman ni nekan nekan suruh bli yg dia cadang je ek, xbg grab semuaa… nasib awaklah bang… haaahaha.. “
Terbaik lakonan Ammar dan Hadie. Walaupun Ammar tersilap menyebut shawl sebagai Syawal, itu cukup menghiburkan warganet. Kalau Papa Laris dengar ayat Ammar tentu Papa mengamuk, hehe. Pelanggan mahu beli semua, boleh pula dilarangnya. Bertuah punya salesman, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Datin Shahida Dherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

