Artis / Selebriti
” Bertuah ada video ibu. Dapat dengar suara ibu, dapat lihat muka ibu walaupun ibu dah tiada.. ” – Komen Netizen
Video anak-anak Shuib Sepahtu tonton video kenangan bersama ibu mereka, Siti Sarah buat ramai tersentuh. Alahai manjanya Matin dengan ibu, sebak pula tengok..
Meninjau ke akaun Instagram Siti Sarah Raisuddin, sebuah video dikongsikan yang memaparkan anak-anak Shuib Sepahtu sedang menonton semula video-video lama arwah ibu mereka, penyanyi Siti Sarah Raissuddin di ruang tamu rumah mereka.
Dalam satu rakaman yang dikongsikan di media sosial, kelihatan Matin duduk di atas riba Sarah sambil berkata sesuatu. Matin sememangnya sangat manja dengan Sarah kerana pada ketika itu Matin lah yang paling bongsu dalam keluarga.
Namun yang turut menjadi tumpuan ramai ialah perbezaan wajah Matin ketika kecil dan kini. Matin kini nampak semakin handsome sehingga ada menyamakan wajah Matin seperti penyanyi, Akim versi kanak-kanak. Dapat didengari suara Thalita menyatakan sesuatu pada Matin.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 26 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Menerusi rakaman ini juga dapat memberikan bayangan ibu buat Ayash yang langsung tidak merasai kasih sayang ibu kandungnya.
Jom tonton video di bawah :
Ramai yang meluahkan rasa rindu terhadap arwah Siti Sarah. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Dia meninggal waktu anniversary saya dan husband…seharian saya menangis & ternangis , masih ingat lg ..malam tu husband beli kek dia kata “daa jangan menangis lagi” itu y saya plg ingat .. “
” Alhamdulillah byk vdeo..tiap kali rindu boleh tgk. Jomlah buat video byk2 dgn anak. Alhamdulillah Martin dah tenang dan terus positive.. “
” Bertuah ada vedio ibu..dapat dengar suara ibu dapat lihat muka ibu walaupun ibu dah tiada. Alfatihah buat arwah. Semoga Allah kurniakn syurga tertinggi utk arwah siti.. “
” Eh muka Matin macam Akim Ahmad la. Sy yg dh tua ni pn masih lg merindui arwah ibu.. apatah lg anak kecil mcm mereka.. pasti sangat rindu pd arwah ibunya.. “
” Arwah meninggal sehari sebelum sy ditidurkan sbb covid.. smpi skang xboleh nk lupa perasaan takot ditidurkan tkot xleh survive mcm arwah.. “
” Semoga Matin, Thalita, Uwais dan Ayash Affan jadi anak yg soleh dan Solehah serta berbakti buat Daddy, Arwah Ibu dan Mummy . Beruntung Matin sbb ada video bersama Arwah Ibu Sarah.. “
” Dia meninggal ulang tahun saya..alfatihah buat siti sarah.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org beriman.. permergian dia sgt terasaa.. “
Sesungguhnya, moment seperti menonton video kenangan bersama keluarga sedikit sebanyak mengubati rasa rindu yang mendalam terhadap insan yang telah tiada. Matin mungkin tidak akan lupa wajah ibunya ketika dia masih kecil, tapi melalui rakaman ini kenangan bersama ibunya akan terus mekar dalam ingatannya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Siti Sarah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

