Artis / Selebriti
” Besarnya perut wife. Dah ada baby ke abang Zamani.. ” – Netizen
Kongsi Video Ucapan Hari Raya Bersama Isteri Dan Keluarga Namun Penampilan Isteri Zamani, Nur Juliana Yang Semakin Berisi Menimbulkan Persoalan Peminat. Wahhh.. Doa Yang Baik-Baik !!
Tahun ini merupakan tahun pertama buat penyanyi Zamani menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama isteri tercinta, Nur Juliana Abdul Rani. Pastinya persiapan hari raya kali ini sangat berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya. Bak lirik lagu, ‘dahulu bujang sekarang dah kahwin’.
Kalau dahulu Zamani hanya memikirkan persiapan pakaian hari raya sendiri namun kali ini beliau sudah mempunyai pasangan untuk berpakaian sedondon. Untuk pengetahuan, Zamani sudah mengenali Juliana selama 14 tahun di mana Juliana merupakan pembantu peribadi beliau di syarikat ZIME Production.
Zamani dan Juliana telah diijabkabulkan pada September 2019 selepas mengikat tali pertunangan pada sebelumnya. Ia merupakan fasa kehidupan baru buat Zamani setelah lama hidup membujang dan akhirnya bertemu jodoh pada usia 48 tahun.

Menerusi akaun Instagram, video ucapan hari raya aidilfitri daripada Zamani dan isteri serta ahli keluarga telah dikongsikan. Video di sebalik ucapan yang dirakam namun tidak menjadi turut dikongsikan membuatkan netizen terhibur.
Jom tonton video di bawah :
https://www.instagram.com/p/CAkJG22Dyv5/
Dan ini pula video yang kedua :
https://www.instagram.com/p/CAkFXujD7CH/
Namun begitu, rata-rata netizen tertanya-tanya sama ada isteri Zamani kini sedang berbadan dua atau tidak kerana dilihat sedikit berisi berbanding sebelum ini. Antara komen-komen mereka :
” Besarnya perut wife. Dah ada baby ke abang Zamani.. “
” Ju tengah pregnant ke tu.. “
” Selamat hari raya .maaf zahir batin. Kak ju nmpk berisi, ada isi ke.. “
” Fokus kat perut kak ju. Nmpk dh berisi. Betul ke.. “
” Kak ju dh berisi ke.. Selamat hari raya.. “
” Cantiknya kak ju.. “
Sememangnya dapat dilihat Juliana nampak sedikit berisi. Biasalah kan jika sudah berkahwin sedikit berisi itu bermakna hidup semakin bahagia. Tiada sebarang respon daripada Zamani atau pun Juliana tentang persoalan netizen tersebut namun jika benar tahniah diucapkan. Sama-sama kita doakan yang baik-baik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Zamani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

