Artis / Selebriti
” Best betul Liza switch mood rock ke dangdut. Gelek tu yang mahal.. ” – Komen Netizen
Video persembahan Liza Aziz di minggu suku akhir Gegar Vaganza 11 menyanyikan secara medley lagu Usang dan Ikan Di Kolam raih pujian warganet. Fuh diva, genre dangdut pun Liza kunyah macam tu je. Comel dan sopan betul Liza punya gelek tu, hehe..
Rancangan realiti hiburan Gegar Vaganza 11 telah pun memasuki minggu suku akhir semalam. 8 peserta berjuang untuk menempatkan diri mereka ke separuh akhir. Antara peserta yang sentiasa dinanti-nantikan oleh ramai penonton setia Gegar Vaganza pastinya persembahan Liza Aziz.
Untuk tugasan pada minggu suku akhir ini, Liza telah pun menyanyikan 2 lagu iaitu Usang nyanyian asal Rahim Maarof dan Ikan Dalam Kolam nyanyian Husein Bawafie. Sesuai dengan temanya ‘Rockdut’, medley lagu Rock bersama dangdut Liza menghiburkan semua.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan dan Tiktok Gayahistyping, telah dikongsikan video yang memaparkan persembahan Liza semalam. Liza membawakan lagu Usang dalam gayanya tersendiri. Penghayatan Liza ketika menyampaikan lagu ini menusuk ke hati penonton.

Untuk lagu dangdut Ikan Dalam Kolam pula, ternyata dangdut bukan lah genre yang sukar untuk Liza. Lenggok suara dan cara Liza bergelek dengan sopan membuatkan semua bersorak ketika melihatnya. Semua genre Liza boleh menyanyikan dengan baik, setiap minggu konsisten sahaja persembahannya.
Jom tonton video di bawah :
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@syarriz_one Gegar Vaganza 11: Liza Aziz bawa lagu Ikan Di Kolan terus jadi Dangdut! – GayahIsTyping #fyp #fyppp #foryourpage #gayahistyping #GegarVaganza11 #gv11 #LizaAziz
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sedap dooh, suara dia serak-serak memang ngam sedap dengan lagu ni.. Inilah persembahan seorang juara.. “
” Terbaik kak liza. Calon juara GV11.. next week menyanyi lagu ayahandanya.. Tetap win di hati penonton.. “
” Terbaik. tak pernah dgr lagu ni. tp sbb kak liza aziz nyanyi, terus rasa mcm best je lagu ni.. gelek tu mahal.. ala-ala siti tak mgada.. tak lebih-lebih.. tu cara diva.. “
” Best betul kak LA switch mood rock ke dangdut.. best performance .. Teruja sentimental teruk betul kak liza… sangat menusuk jiwa Nurani kak Liza.. “
” Senyuman dia paling mahal… nampak manis & cantik persembahan dgn senyuman dia.. lenggok sebagai penari hebat masih ada lagi tu.. sopan je kak LA poco².. naib juara malam ni kak LA.. tahniah kak.. “
” Semua peserta hebat tp Liza Aziz TERLEBIH HEBAT Bakal juara GV 11 In Syaa Allah.. Suara lemak merdu , gaya sangat sopan sesuai dengan usia. Sangat terhibur.. “
” Bakal juara.. nyanyiannya bersahaja menari Pon relex aje.. terbaik lah. Suka penyampaian kak liza, jelas dan terang sebutan, terbaik.. “
” Lembut nya tariannya dan dgn senyuman nya menawan kesemua lagu nya di nyanyikan xpuas dengar kena ulang banyak kali.. “
Kalau sudah namanya Liza Aziz, memang seorang penyanyi yang versatile dan mampu memukau semua yang mendengar nyanyiannya itu. Tahniah Liza berjaya ke peringkat separuh akhir minggu hadapan. Semoga Liza beroleh kejayaan dan berjaya menyandang gelaran juara GV11.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak, Tiktok Gayah is typing
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

