Artis / Selebriti
” Bijak Abang Isaac, adik pun suka abang layan dia.. ” – Komen Netizen
Video Gelagat Anak Sulung Zahirah Macwilson, Isaac Raees Melayani Adiknya, Inara Raisa Raih Pujian Ramai. Alahai Comel Sungguh Isaac Menyanyi Sambil Ajar Inara Mengira. Respon Isaac Ketika Kaki Inara Menendangnya Tu Cute Sangat !!
Kehadiran si kecil bernama Inara Raisa menambahkan lagi kegembiraan dalam keluarga Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza. Anak sulung Zahirah, Isaac Raees adalah orang yang paling teruja sejak Inara dilahirkan. Setiap masa pasti Isaac ada sahaja menemani adiknya itu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Fans Of Isaac Raees, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Isaac sedang asyik melayani Inara. Kelihatan Inara diletakkan berbaring di atas baby swing, manakala Isaac pula berada di hujung kaki Inara.
Menerusi video ini, warganet dapat mendengar Isaac menyanyi untuk Inara. Sambil Isaac menunjukkan baby teether yang berada di tangannya kepada Inara, Isaac turut menyanyikan lagu yang liriknya menyebut nombor 1 sehingga 10 dalam bahasa Inggeris.

Seronok Isaac dapat menyanyi untuk adik. Adik pula sedang dalam fasa aktif bergerak kaki dan tangan. Kaki Inara menendang-nendang tangan Isaac dan ini membuatkan Isaac ketawa. Dapat dilihat Isaac begitu soft spoken, comel sungguh cara Isaac bercakap dengan Inara.
Jom tonton video di bawah :
@fansofisaacraees Abg Ijack nyanyikan lagu untuk Inara ❤️❤️ #inararaisa #isaacraees #aimanhakim #zahirah #zahirahmacwilson #aimanhakimridza
♬ original sound – Aiman Zahirah Isaac Inara – Aiman Zahirah Isaac Inara
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Moga Isaac mnjd ank yg soleh.. mnjd hafiz n inara mnjd ank yg solehah n mnjd hafizah.. mmbsr ngan sihat berjaya Dunia akhirat.. “
” Bakal model-model ni besar nanti. Lawa dan handsome.. Pandainya abang jaga adik, main dengan adik.. Bijak Abang. Adek pon suka Abang layan dia.. “
” Pandai dia jga adek dia.. Gebu gebas kaki Inara tu geram tengok.. dulu suka tgk yusuf n alisa, skrg Isaac n inara pulak my fav, moga membesar jadik anak yg soleh solehah.. “
” Kesian abang aijek kena flying kick.. itu tanda adik sayang abang hehe.. Comel sangat Isaac dengan adik Inara ni.. “
” Alolo comelnya abang dan adik.. abang isaac rajin melayan, good abang. patut lah zahirah ada gtau, Isaac memang suka melayan adik.. “
” Cute Inara, sebijik muka abang dia. Pandai sangat abang jaga adik ni. dua-dua comel, so adorable.. “
” Pandai nya isaac jaga adik dia inara.. seorang abang yang penyayang.. so adorable lah dua beradik ni.. “
” Pandainya abg Isaac ajar kira nombor pada adik.. happynya si adik tu.. semoga keduanya membesar dengan sihat.. “
Betul lah cerita Zahirah yang Isaac ini tersangat rajin melayani adiknya. Dari kecil abang Isaac sudah ajarkan Inara nombor, tentu Inara cepat pandai nanti. Beruntung Inara ada abang yang penyayang seperti Isaac. Pasti apabila besar nanti Isaac akan menjadi pelindung Inara.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Fansofisaacraees, IG Isaac Raees
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

