Artis / Selebriti
” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
Video Que Haidar dan Elly Mazlein sedang berlatih menari buat ramai terhibur. Masuk air betul lah Kak Lina. Tak pasal-pasal Que pun terjebak sama. Que pun tak tahan nak gelak, haha..
Umum mengetahui bahawa Elly Mazlein dan Que Haidar merupakan antara duta bagi butik Jakel. Video content mereka sering mencuri perhatian ramai. Setiap kali tampil bersama, gandingan mereka dilihat cukup serasi dengan telatah spontan yang menghiburkan.
Bagi yang mengikuti perkembangan mereka, Elly dan Que kerap berkongsi video kreatif bagi mempromosikan butik Jakel kepada orang ramai. Gelagat yang bersahaja serta humor semula jadi yang ditampilkan menjadikan setiap kandungan yang dihasilkan tampak segar dan tidak membosankan.
Terbaharu, meninjau di akaun TikTok milik Que Haidar, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Que bersama Elly Mazlein berada di butik Jakel. Menerusi video tersebut, kelihatan mereka sedang berlatih menari bagi tujuan rakaman video promosi. Suasana latihan itu dilihat santai dan penuh gelak tawa.

Namun begitu, apa yang benar-benar mencuri perhatian ialah telatah Elly Mazlein yang mengajar Que Haidar menari. Gelagat Que yang kelihatan sedikit kekok, ditambah pula dengan gaya Elly yang penuh ekspresi mengundang tawa warganet.
Tonton video di bawah ini :
@quehaidar Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh, jadi siapa yang number syatuuu sekarang? @Kakak Lina Pom Poms #jakelyearendsale #jakel #quehaidar #jamilah #kaklinapompom
Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa terhibur dengan perkongsian tersebut selain turut meninggalkan pelbagai kata-kata usikan yang mencuit hati. Antara komen-komen menarik yang ditinggalkan ialah: :
” Masuk air tu pasti lepas jumpa kak lina ehh .. Kalau dah bergabung dgn kak lina pom pom meletup boommm.. “
” Perghhhh gabungan meletop.. Dengan Kak Lina ni dia tak tenggelam atau overshadow. Dua2 ada aura sendiri.. “
” Sakit perut tengok ini Dua insan yg memamg menghiburkan sampai jiwa ini merontabmeronta nak pergi dkt JAKEL.. “
” Masuk air betul dua ketul ni.. Betul-betul kuat oiiii pengaruh rakan tak sebaya ni.. Hahaha.. Bahaya.. “
” makin menjadi klu ada kak lina pom po, layan jelah Abg Jamal yeee, haahha kang merajuk plk kak lina, hehe.. “
” Adoii apsal nk tergelak ni. hahahactolonglaa 2 org ni masuk air ek.. Gabungan yang memang bijak Jakel ambik ni.. “
” Abg jamil muka maintain aje… Redha ikot Kak Lina.. Hahahahhaa kak lina mmg no syatuu bab mengajar aneh2.. “
Apa-apa pun, kehadiran Elly Mazlein dan Que Haidar sebagai duta butik Jakel bukan sahaja berjaya mempromosikan jenama tersebut, malah turut menyajikan hiburan ringan yang menceriakan hari penonton. Gandingan mereka jelas membuktikan bahawa promosi yang disampaikan dengan cara santai dan menghiburkan mampu meninggalkan kesan mendalam di hati warganet.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok quehaidar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

