Artis / Selebriti
” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
Video anak lelaki arwah Jalil Hamid, Harith Jalil bercerita hadiah hari lahir terakhir yang sempat diberikan kepada ayahnya buat warganet sebak. Punya lah arwah happy dapat hadiah idaman tu. Sedih tengok Harith menangis..
Negara kehilangan sebutir lagi permata berharga apabila pelakon berbakat besar, Jalil Hamid menghembuskan nafas terakhirnya semalam. Arwah Jalil dilaporkan pergi buat selama-lamanya ketika dalam tidur pagi 4 Mei 2026 oleh ahli keluarganya. Ianya satu berita yang mendukacitakan untuk semua peminat Jalil.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Utusan Malaysia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pihak wartawan menemubual anak lelaki Jalil bernama Harith Jalil selepas selesai urusan pengebumian Jalil semalam. Beberapa kisah dikongsikan oleh Harith menerusi temubual ini.
Kata Harith, kali terakhir dia bertemu ayahnya adalah pada hari Sabtu yang lepas. Keadaan Jalil pada ketika itu sihat dan gembira seperti biasa. Tambah Harith, pada pertemuan itu, dia menyerahkan hadiah hari lahir yang dibeli khas untuk ayah kesayangannya itu.

Ketika diajukan apakah hadiah yang diberikan itu, Harith tidak dapat menahan sebak di dadanya. Hadiah itu adalah hadiah idaman Jalil. Harith turut berkongsi keperibadian ayahnya yang disifatkan sebagai ayah yang bertanggungjawab dan penyayang.
Jom tonton video di bawah :
@utusanonline “Saya baru beli hadiah hari jadi untuk arwah ayah” – Harith Jalil
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aku da rasa sakit kehilangan seorang ayah mmg sedih… al-Fatihah buat arwah lejen jalil hamid.. “
” Watak2 ayah yg arwah lakonkan, mmg menunjukkan jiwa arwah.. anak2 sgt kagumi beliau.. tgk pon tau, arwah ayah yg sgt penyayang.. sgt2 dikagumi oleh anak2.. “
” Arwah sanggat baik,murah senyuman,seorang jiran yg baik.. seorang ayah yang bertanggungjawab dan penyayang.. memang anak terasa kehilangannya tanpa sebarang pesan.. “
” Ya Allah sedih tgok ank arwah.. Salam takziah buat keluarga Pak Jalil Hamid arwah ttu seorg ayah yg sgt baik penyayang dgr luahan ank arwah pun kita sdh terasa sedih. smoga rohnya dicucuri rahmat ditmtkn dikalangan org2 yg beriman Aamiin2 Yra Al Fatihah dibaca.. “
” Seorang ayah yang baik, pasti menjadi ayah kesayangan anak-anak. salam takziah buat seluruh ahli keluarga. sedih dengar arwah happy dapat hadiah birthday yang dia nak tu.. “
” Saya rasa macam mana kehilangan ayah secara tiba tiba sebelum puasa aritu.. begitulah anak anak arwah jalil hamid. mmg Allah mudahkan pemergiannya.. “
” Alhamdulillah dapat juga arwah hadiah birthday yang dia nak kan tapi tu lah, tak sempat dia pakai. sedih tengok anak arwah menangis sambil bercerita tu.. “
Sayunya hati seorang anak apabila kehilangan susuk tubuh seorang ayah tanpa sebarang pesanan. Namun Allah sudah menentukan yang terbaik untuk arwah Jalil. Semoga arwah Jalil tenang di sana dan untuk keluarga, kuatkan hati untuk mengharungi hari-hari mendatang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Utusanonline
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

