Artis / Selebriti
” Boleh promote kain pelikat nih.. ” – Netizen
Roy Azman Kongsi Video Bersama Anak-Anak Menaiki Buaian Kain Pelikat Namun Kapsyen Roy Azman Buat Ramai Yang Terhibur !!
Roy Azman merupakan antara pelakon yang masih mampu mengekalkan popularitinya sehingga kini. Menceburkan diri dalam bidang seni sejak tahun 1990 an lagi, lakonan Roy Azman sangat berkesan dan masih diterima ramai orang sehingga ke hari ini.
Beliau dahulunya sering menerima watak sebagai hero namun seiring dengan peredaran waktu dan zaman, kini Roy sering ditawarkan dengan watak sebagai seorang bapa. Menjenguk ke laman Instagram Roy Azman, beliau sering berkongsi video dan gambar aktiviti harian beliau.
Roy juga dilihat rajin berkongsi mengenai keluarganya terutamanya anak-anaknya. Roy mempunyai empat orang anak perempuan, wajah mereka juga sering mencur1 perhatian ramai netizen kerana cantik dan comel mewarisi kekacakan bapa dan kecantikan ibu mereka.

Menerusi akaun Instagram, Roy telah memuatnaik video beliau bersama anak-anaknya sedang menaiki buaian kain pelikat. Pastinya ramai yang mempunyai momen sebegini semasa kecil dan kapsyen Roy membuatkan ramai yang terhibur. Alahai ada sahaja idea nak bagi orang terhibur.
Jom tonton video di bawah :
https://www.instagram.com/p/CBvY0h3jHrf/
Rata-rata netizen turut mempunyai pengalaman yang sama semasa kecil. Antara komen-komen mereka :
” Alamak… rindu lak kite mase kecik2 suke duk kat kain arw4h mak camtu.. “
” Comel je ank sy pon sk buat cmtu dkt ayahnye last2 k0yak kain ayah.. “
” Fav ank2 klu papa nya duduk2 saje dpn tv time dorang kecik2 dulu.. “
” Boleh dikatakan setiap kanak2 ada pengalaman begini.. sy sendiri ada.. Ank2 sy juga merasa.. “
” Buaian natural, cap gajah duduk, confirm2 lutut cari tukang urut lps ni.. “
” Masa sy kecik2 dulu mcm ni la…. suka ddk kt kain arwah abah… sekrg hanya tinggal memori manis… ank2 sekrg sy rasa x pernah alami mcm ni kut.. “
” Sama la dgn anak2 saya ye.. asl suami pakai kain gitu la take turn masuk dlm duduk.. nk try jgk ingat.. “
” Boleh promote kain pelikat nih.. Boleh contact kain pelikat cap gajah duduk, minta dia ambil Roy jadi duta mereka.. “
Pastinya buaian legend sebegini sememangnya sangai menggembirakan anak-anak. Sampaikan ada yang mencadangkan Roy Azman menjadi duta kain pelikat kerana kain tersebut nampak kukuh walaupun dua orang yang duduk di atasnya. Semoga Roy Azman terus bahagia bersama keluarga dan anak-anak tercinta.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Roy Azman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

