Artis / Selebriti
” Boleh tahan smash Tokti.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Bermain Badminton Raih Perhatian Ramai. Wah Power Lah Skill Tokti Main Badmintaon, Bukan Biasa-Biasa. Dah Macam Pemain Professional. Part Smash Tu Tajam Betul !!
Menerusi satu akaun Tiktok, perkongsian sebuah video yang memaparkan Dato’ Seri Siti Nurhaliza sedang bermain badminton telah meraih perhatian ramai. Dato’ Seri Siti dilihat begitu hebat bermain badminton seperti seorang pemain badminton professional.
Jika anda merupakan peminat Dato’ Seri Siti, pastinya anda mengetahui yang Dato’ Seri Siti sememangnya seorang yang aktif bersukan sejak dari zaman persekolahannya lagi. Dato’ Seri Siti pernah mewakili sekolah dalam sukan bola jaring, hoki dan bola tampar.
Turut mencuri tumpuan dalam video yang dikongsikan ialah dua orang cahaya mata Dato’ Seri Siti iaitu Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa. Kedua-duanya juga turut serta bermain badminton walaupun Afwa masih belum pandai untuk memukul bulu tangkis.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Lihat sahaja gaya Dato’ Seri Siti memukul bulu tangkis sahaja sudah nampak kehebatannya. Wah, kalau Dato’ Seri Siti tidak menjadi penyanyi mungkin menjadi seorang pemain badminton.
Jom tonton video di bawah :
@haery_dean Kalau beliau bukan penyanyi mesti jadi atlet negara!! Tengok lah saya dibuli macam manaa🤣 Musim olimpik sekarang kan, so kita pun kena turun court jugak lah ehe
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila menonton video ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Okay tokti otw Olympic 2028. Nampak afwa. afwa, tgk. ibu sayang afwa. mana ada ibu tak syg afwa… Pemain Badminton No 1 Malaysia – Siti Nurhaliza.. “
” Tok Tie, dr sekolh menengah mmg power main badminton. sy jdi tukang kutip pon x pe lh… bodyguard tokti main sekali kee tu.. “
” Main badminton pun cantikkk tokti ni memang hebatlah semua benda beliau boleh buat salute lah tokti.. boleh tahan smash tokti.. “
Semangat Dato’ Seri Siti yang aktif bersukan masih kekal sehingga kini walaupun sudah berusia lebih 40 tahun. Dato’ Seri Siti sering meluangkan masa untuk bersenam dan bermain sukan seperti badminton. Dato’ Seri Siti mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Agaknya siapa berani untuk bertarung bermain badminton dengan penyanyi nombor satu negara ini. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Dato’ Seri Siti Nurhaliza sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan sentiasa berbahagia dengan keluarga tercinta. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Haery
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

