Artis / Selebriti
” Buat anak Mama, Norsyasya Afiqah dan juga menantu Mama yang baru masuk dalam keluarga.. ” – Ibu Syasya
Video Ucapan Tahniah Ibu Syasya Kepada Anak Dan Menantunya Yang Baru Berkahwin. Cantiknya Ibu Syasya, Sebab Tu Syasya Pun Lawa. Patut Lah Serba Mewah Majlis Resepsi Syasya, Dapat Tajaan Rupanya. Bukan Kaleng-Kaleng Punya Tajaan Tu, Mahal Weh !!
Hari ini mencipta kenangan manis buat Syasya Rizal atau pemilik nama sebenar Norsyasya Afiqah binti Shahrizal. Setelah diijabqabul dengan pasangannya Nasrullah Mohd Sapie pada bulan April yang lalu, pasangan ini akhirnya mengadakan satu majlis resepsi pada hari ini.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Astro Gempak, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan sekitar majlis resepsi Syasya yang diadakan di Magica Subang Hall. Video pertama memaparkan ketibaan pengantin lelaki, manakala video kedua pula memaparkan ketibaan pengantin perempuan masuk ke dalam dewan.
Video berikutnya pula memaparkan ucapan daripada mama Syasya, Farah Farina Abd Razak. Mama Syasya mendoakan semoga anak dan menantunya itu akan terus kuat melalui ujian rumahtangga yang baru dibina mereka. Cantik sungguh Mama Syasya ini, patutlah Syasya pun cantik.

Untuk makluman, ada beberapa persalinan yang dipakai oleh Syasya dan Nash pada malam ini. Buasa yang berwarna baby blue ini antara yang mendapat perhatian ramai. Tak kurang juga ada yang memuji penampilan Syasya yang begitu anggun dan manis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ada yang memberikan kata ucapan tahniah dan memuji kecantikan Syasya di majlis resepsinya. Antara komen tersebut adalah :
” Terserlah anggun Sb beliau lg tmbh cntik bila brhijab.. Selamat pengantin baru Syasya dan suami, semoga bahagia bersama selamanya.. “
” Rezeki. Grand betul majisnya. Tahniah Syasya & suami. Berseri-seri wajah pengantin. .Syasya pakai tudung bawal, on point je tengok.. “
Menerusi posting lain, dikongsikan kenyataan oleh ibu Syasya yang mengatakan majlis resepsi Syasya pada malam ini serba mewah kerana Syasya menerima banyak tajaan. Antaranya persalinan berona biru yang dipakai pasangan pengantin tajaan oleh Jakel dan barangan kemas bernilai 5 juta ringgit daripada Habib Jewels.

Tiada ibu yang ada di dunia ini yang tidak ingin melihat anaknya bahagia. Begitu jugalah dengan ibu Syasya yang sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kebaikan untuk anak dan menantunya. Semoga bertambahnya ahli keluarga baru akan menambahkan lagi keharmonian dalam keluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG astrogempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

