Artis / Selebriti
” Buat lawak betul Amir ni, gugur jantung team Putera dan cikgu-cikgu Amir tengok, haha.. ” – Netizen
Video Terbaru Gelagat Adik Amir Sisi Dan Coach Putera Muhammad Ketika Membuat Persembahan Buat Ramai Terhibur. Boleh Pulak Amir Tiba-Tiba Diam, Cuak Putera Dibuatnya. Part Menyanyi Lagu Taman Rashidah Utama Memang Padu Lah !!
Sebelum ini kisah Adik Amir Sisi berjaya muncul juara dalam pertandingan The Chosen One musim pertama telah menjadi perhatian ramai. Kejayaan itu menobatkan Amir sebagai orang Asli pertama yang muncul meraih kemenangan pertandingan nyanyian televisyen kanak-kanak di Malaysia.
Mungkin ramai yang tahu juga yang Amir begitu akrab dengan coachnya iaitu Putera Muhammad. Kalau dilihat kedua-dua mereka sudah seperti adik dan abang. Meninjau di akaun TikTok, telah dikongsikan video yang memaparkan Amir dan Putera membuat persembahan bersama.
Menerusi video tersebut, pada awalnya sebelum membuat persembahan kedengaran Putera melayan penonton yang hadir. Namun apa yang mencuit hati adalah gelagat Amir yang tiba-tiba tidak bercakap. Keadaan Amir seperti itu membuatkan Putera sedikit ‘cuak’ .

Selepas itu, Amir sesekali cuba membuat perangai kelakar dan kedengaran ramai yang ketawa kerana terhibur melihat gelagatnya itu. Perkongsian video ini sekali lagi menarik perhatian ramai. Ada yang berseloroh mengatakan yang menonton persembahan Amir dan Putera sudah seperti versi Maharaja Lawak Mega.
Tonton video di bawah ini :
(Sila tunggu seketika jika video lambat keluar )
@amirunukofficial #beranda #amirsisiunukofficial #termojproduction #diaridaripedalaman #fypシ @kucing termoj @Termoj Production @Putera Muhammad
Di ruangan komen, selain terhibur dengan gelagat Amir, ramai yang memuji persembahan Amir bersama Putera. Antara komen-komen menarik adalah :
” Buat lawak betul Amir ni, gugur jantung team Putera dan cikgu-cikgu Amir tengok, haha.. Tp Amir tak hilang fokes, cuma dia tak mau berckp.. “
” Pendedahan berhadapan dgn penonton bercakap macam Putera buat boleh bagi idea buat Amir.. Seronok Amir dpt bsama Abg Putera smngat nmpk aura.. “
” Lol Power rockerzzz Amir.. Dia buat main main gitu mungkin nak hilangkan rasa takut lagi lagi depan crowd (penonton ) siapa tak seram kan lol, haha.. “
” Buat lah apa pun Amir oitt.. Kita org mmg terhibur. Jadi lah diri sendiri…. Best sgt Amir n Putera, sedap betul nyanyian korang.. “
” Yalah mgkin dia buat main2 sebab nak hilangkan rasa takut.. Amir kan jns susah nk bercakap dengan orang.. Tapi bila nyanyi power lah.. “
” Bestnya dpt tgk adik Amir Dan abg dia Putera semalam, persembahan yang mantap.. Fuhh Amir tarik sekian lama tu trs serak suara.. “
” Nampak mcm main2 si unuk ni tp sekali nyanyi power suara.. Terbaik unuk.. Dah macam tengok konsert versi maharajalawak mega haha.. “
Mungkin betul lah apa yang dikatakan oleh warganet, Amir berperangai seperti itu untuk menghilangkan rasa gugupnya untuk membuat persembahan di hadapan orang ramai dan ianya mengambil masa untuk Amir membiasakan diri. Apa-apa pun semoga Amir terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok amirunukofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



