Artis / Selebriti
” Buat muka macam tu pun dah orang ketawa tau.. ” – Netizen
Video Gelagat Comel Zara Zya Cuba Bermain Permainan Lato-Lato Buat Peminat Terhibur. Muka Tak Rilek Tu Memang Lawak !!
Pada malam Anugerah Drama Sangat baru-baru ini telah diadakan satu challenge buat selebriti yang hadir untuk bermain permainan lato-lato di karpet merah. Banyak video dikongsikan di media sosial yang memaparkan beberapa selebriti mencuba bermain permainan tersebut seperti Faizal Hussein bersama isteri, Anna Jobling dan Meerqeen.
Malah meninjau di akaun Instagram pelakon Zara Zya turut berkongsi video gelagatnya bermain lato-lato pada malam Anugerah Drama Sangat. Kelihatan ketika bermain, Zara sempat membuat muka kelakarnya.
Pada awalnya Zara kelihatan seperti mahir bermain lato-lato, namun kalau dilihat skill Zara bermain langsung tidak menjadi hayunan lato-lato itu. Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet.

Ada yang menyatakan dalam ramai-ramai artis bermain lato-lato, gelagat Zara paling menghiburkan. Sehingga kini, video Zara telah menerima ratusan komen dan puluhan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen ramai yang meluahkan rasa terhibur setelah menonton video Zara bermain lato-lato. Antara komen-komen menarik adalah :
” Anak saudara aku yang baru umur 8 tahun pun stress tengok muka Zara main, haha.. Muka tak rilek tu memang lawak.. “
” Banyak2 video artis main lato-lato, Zara ni aku tengok comel dan kelakar.. Ulang banyak kali tengok, hahaha.. “
” Yg sebelah tu btl² antifragile.. Hahhahhhh tak rilek langsung betul Zara.. Tak chill.. Tak leh geng dengan yang sbelah.. “
” Lagu kene betul ngn video dia.. Zara ni memang kelakar sangat, buat muka macam tu pun dah org ketawa tau.. “
” Walaupun muka dh ketat tp nmpk comel sangat.. Zara sebelah tu kawan baru ke, hahahahhaa.. Sorry saje nk sakat.. “
” Cara enjoy benda yang stresskan kita kan, haahahahaha.. Aku pun sampai hari ni tak pandai2 main, baik anak aku lagi pro daripada aku.. “
” Muke tu mcm org dh pro main lato² ea.. Tapi hahahahaa langsung tak tahu main pun sebenarnya, aduhai Zara.. “
Sudah menjadi trend permainan lato-lato sekarang. Nampak mudah untuk bermain, tapi jika tak tahu caranya pasti tidak menjadi. Zara kalau tak kelakar memang tak sah, buat muka ‘tak rilek ‘ pun comel, patut lah ramai terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG zarazya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

