Artis / Selebriti
” Bukan pickup line tapi kejujuran daripada seorang saudara baru Islam.. ” – Netizen
Video Respon Angeline Tan Apabila Ditanya Lokasi Untuk Honeymoon Buat Ramai Tersentuh. Sabri Yunus Pun Sweet Sangat, Usap Bahu Untuk Tenangkan Isteri. Alahai Touching Sungguh !!
Perkahwinan antara pelakon sitcom era 90-an, Pi Mai Pi Mai Tang Tu, Sabri Yunus dan Angeline Tan mendapat perhatian ramai. Siapa sangka dalam diam pasangan ini menyemai cinta, daripada seorang sahabat akhirnya menjadi suami isteri yang sah.
Ramai yang gembira dengan pernikahan Sabri dan Angeline. Satu majlis resepsi juga telah pun diadakan hasil kerjasama penyampai radio Gegar Pantai Timur khas untuk Sabri dan Angeline beberapa hari yang lalu. Meriah dan disulami rasa gembira dan sayu apabila Angeline bertemu Marlia Musa kembali.
Meninjau akaun Instagram Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan wawancara bersama pasangan pengantin baru ini. Ketika ditanyakan mengenai lokasi honeymoon, jawapan Angeline membuatkan ramai yang tersentuh dan terharu.

Kata Angeline, definisi honeymoon itu adalah dia berada di sisi suami. Bukan tempat yang penting tetapi perasaan dan hati. Angeline merasai kebahagiaan dan ketenangan apabila sentiasa di sisi Sabri. Jatuh air mata Angeline ketika itu, alahai touching sungguh.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tenang mendengar jawapan Kak Angeline. Bukan pick line tapi dari kejujuran seorang saudara baru Islam.. ”
” Terkadang rasa malu sedikit kerana yang baru masuk Islam lebih sedar untuk berhijab berbanding yang lahir Islam. Moga Allah memberi hidayah bukan hanya kepada Kak Angeline.. ”
” Allahuakbar agaknya perasaan kembali pada fitrah tu mengatasi segalanya… tenang setenangnya… rata2 saudara baru akn ckp ttg ketwnangan kedamaian bila pulang pada fitrah(islam)… mereka umpama bayi yg baru lahir,bersih suci…. cakap je menangis ardini ni.. saya pn jd sebak.. ”
” Apabila Kita IKHLAS mencintai seseorang kerana Allah SWT.. Kita rsa nak jaga dia.. lenlen pkra kebendaan, rupaparas, pangkat, kemewahan.. xterlintas difikiran Kita sgt.. xpenting.. janji dia Ada bsama Kita sdh cukup.. Kita masing2 saling btanggungjwb antara satusamalain.. Sesimple it sbnrnya cinta suci.. ”
” Angeline tan nang1s i pun auto sebak.. Alhamdulillah hidayah… Ardini lemah lembut orgnya.. semoga abg sabri membimbingnya sampai syurga.. ”
” Huhuhu happy Tgk tp huhuhuhu Menangis Gembira tgk Semoga Bahgia Until Jannah Aamiin2.. angeline ni mmg very sentimental person tau.. ”
” Tangisan kegembiraan.. Tabah dan kuat hati, semuga menjadi muslimat yang solehah di sisiNYA.. Aaminn.. ”
” Allahuakhbar. Bahagia ada ditempatnya. Betul La dia tenang . nampak cara dia bercakap lontaran suara cinta nya hati nya. . sgt tenang dan bersahaja. Lahir dr hati. Alhamdulillah. Jd kan aku setenang puan ardini tan. Aamiin.. ”
Sesungguhnya hidayah itu milik Allah dan ramai merasa kagum dengan kata-kata Angeline. Kembali kepada fitrah dengan rasa cinta yang mendalam kepada-Nya. Semoga Sabri dapat terus membimbing Angeline menjadi wanita yang solehah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

