Artis / Selebriti
” Cantik door gift nya, berkenan please nak.. ” – Komen Netizen
Video Door Gift Untuk Tetamu Istiadat Perkahwinan Diraja Pahang, YAM Tengku Puteri Afzan. Wah Comel Betul Door Giftnya, Simple Tapi Menarik !!
Sekali pun perkahwinan diraja Pahang, YAM Tengku Puteri Afzan sudah pun selesai dijalankan, namun ramai yang masih belum move on dengan keindahan majlis tersebut. Segalanya tentang pengantin, barang hantaran dan dekorasi singgahsana mendapat pujian ramai.
Meninjau akaun Instagram Inaijari, telah dikongsikan satu video yang memaparkan door gift yang diberikan kepada tetamu yang hadir ke istiadat tersebut. Setiap beg kertas terisi dengan sebuah kotak yang mana di dalamnya ada hadiah kecil untuk semua tetamu.
Menerusi video ini, dapat dilihat sekeping kad ucapan yang tertulis padanya ucapan terima kasih daripada Tengku Afzan dan FD Idzham. Di dalam bekas kecil itu juga kelihatan beberapa biji coklat jenama Patchi dan bunga rampai diletakkan bersama.

Tetamu juga diberikan sekeping gambar Tengku Afzan dan FD Idzham yang dibuat seperti keychain. Kreatif dan simple sahaja tetapi cukup memberikan kenangan untuk yang menerima door gift ini. Tetamu juga menerima kipas tangan yang turut diletakkan di dalam beg kertas tersebut.
Jom tonton video di bawah :
@feezangah #fy #selamatpengantin #tahniah #koiorangpahang #rasabangga #terujateramatsangat #perkahwinan #dirajapahang @tengkuputeriafzan #semogabahagia #kejannahnyaallah #gembiranyahati #dapat #cendrahati #dariistana #istanaabdulaziz #selamatpengantinbaru #tengkuputeriafzan &FD #alhamdulilah #rezeki_allah #simpankenangan
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 200 tanda suka sejak ianya dimuatnaik. Antara komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Cantik door gift nya.. semoga bahagia hingga akhir hayat .. ampun tuanku berkenan dengan kipas tangannya.. please nak.. ”
Bukan semua orang berpeluang untuk mendapat door gift perkahwinan diraja sebegini. Bagi yang terpilih untuk menghadiri dan mendapat cenderamata ini memang beruntung. Tentu semua door gift yang diberikan akan disimpan dengan rapi oleh si penerima.

Tanda ingatan yang bermakna daripada Tengku Afzan dan FD Idzham untuk semua. Semoga pasangan diraja ini sentiasa dalam rahmat Allah, memperoleh keberkatan dalam rumahtangga yang dibina dan kekal bahagia selamanya hingga ke syurga, InshaAllah.

Silakan SHARE..
Sumber :IG Inaijari, Tiktok Feezangah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

