Artis / Selebriti
” Cantik isterinya, simple, natural beauty. Happy birthday.. ” – Komen Netizen
Video Fikry Ibrahim menyambut ulangtahun kelahiran isterinya, Siti Khalizah. Ramai yang puji kecantikan isteri Fikry. Tak makeup sangat pun cantik, memang natural beauty..
Pelakon dan pengacara terkenal, Fikry Ibrahim, telah mencuri perhatian para peminat apabila Fikry memuatnaik sebuah video meraikan hari lahir isterinya yang tercinta, Siti Khalizah dalam sebuah majlis makan malam istimewa di sebuah restoran eksklusif.
Sambutan itu berlangsung dalam suasana tenang dan romantis, dihias dengan cahaya lilin serta nyanyian lagu hari lahir yang menambahkan lagi kehangatan suasana. Fikry turut menghadiahkan sepotong kek hari lahir khas bersama ucapan penuh doa dan kasih sayang.
Majlis ringkas namun penuh makna ini tidak hanya menjadi sambutan hari lahir, tetapi juga simbol kasih sayang mendalam yang terus mekar antara mereka. Siti Khalizah juga tampil menawan sehingga ramai warganet memuji kecantikannya.

Sambutan tersebut jelas menunjukkan sisi romantis Fikry Ibrahim, dan para peminat turut mengucapkan selamat hari lahir serta mendoakan agar rumah tangga pasangan ini terus kekal bahagia, harmoni dan diberkati. Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini dihujani dengan ucapan selamat hari lahir kepada isteri Fikry. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Laaaahh ku ingt rita rudaini dha pakai tudung lepas nmpk lengan laki tu br tgk balik bini fikry rupanya.. Happy besday sis. November babies.. “
” Selamat hari lahir sis cantik.. cantik bini dia… simple je .. semoga bahgia selamanya. Aamiin more year to go insha Allah till jannah.. “
” Cantek isteri nya..simple, natural beauty.. Happy birthday sis moga bahagia selalu . dalam kek ada batu permata x hihi…Happy besdayyy.. “
” Kan cantik pakai tudung dari free hair.. Semoga sentiasa menjadi hubungan yg dirahmati Allah SWT .. Sama tarikh lahir Kita…happy besday.. “
” Happy birthday untuk sis khalizah.. semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki, diberi kebahagiaan didunia dan akhirat…. “
” Happy Birthday Adikku khalizah_alihan Semoga panjang umur dan diberkati dunia akhirat. Tak lupa juga bahagia disamping orang tersayang fikryibrahim .. “
” Semoga bahagia selalu.. Happy birthday sis.. cantik sangat isteri fikry ni bila bertudung mcm ni.. semoga ceria selalu.. ”
Jika dilihat pada perkongsian mereka, momen itu sememangnya cukup istimewa untuk dikenang sepanjang hayat. Kami di Berita Kopak turut mengucapkan selamat hari lahir kepada Siti Khalizah, semoga panjang umur, dimurahkan rezeki dan bahagia bersama suami tercinta.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fikry Ibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

