Artis / Selebriti
” Cantik sungguh Tengku Permaisuri Selangor. Simple jer baju tapi nampak anggun.. ” – Netizen
Gambar Penampilan Tengku Permaisuri Norashikin Ketika Majlis Persantapan Diraja Putera ‘Abdul Mateen Raih Perhatian Warganet. Cantik Dan Anggun Sungguh Tengku Permaisuri Norashikin !!
Umum mengetahui beberapa hari lalu telah berlangsungnya majlis perkahwinan mewah Putera Brunei iaitu Putera ‘Abdul Mateen dan isterinya, Yang Mulia Anisha Rosnah. Tular di media sosial perkongsian video-video dan gambar-gambar sekitar majlis Diraja ini.
Pada 15 Januari berlangsungnya upacara bergemerlapan dihadiri oleh pemimpin kerajaan dan tetamu diraja dari serata Asia. Meninjau di akaun Instagram milik Selangor Royal, telah dikongsikan beberapa gambar yang memaparkan DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin antara tetamu Diraja yang hadir ke majlis Majlis Persantapan Diraja Istiadat Perkahwinan Putera Mateen.
Menerusi gambar-gambar itu, kelihatanTengku Permaisuri Hajah Norashikin tampil mengenakan dress berwarna pink lembut. Selain itu, Sultan Selangor dan Tengku Norashikin turut mengabadikan kenangan bergambar bersama pengantin.

Perkongsian gambar-gambari ini mencuri perhatian warganet. Ada yang mengatakan Tengku Permaisuri Norashikin sangat cantik mengenakan dress seperti itu. Sehingga kini, gambar pernampilan Tengku Permaisuri Selangor ini menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian gambar-gambar di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya)
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian gambar-gambar ini dan pelbagai kata pujian diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Cantik sungguh Tengku Permaisuri Selangor. Simple jer baju tapi nampak anggun.. Tenang tengok Tengku selepas berhijab.. “
” Manisnya tengok Tengku Permaisuri, warna baju soft jer, naik seri.. Dah macam pengantin pula tengok.. MasyaAllah.. Cantik.. “
” Masya Allah Tabakarallah cantik nya. Pandang tak pernah jemu.. Tengku Permaisuri Selangor antara tetamu Diraja yang cantik.. “
” MasyaAllah tabarakallah, berseri-serinya wajah Tuanku berdua.. Baju Permaisuri lawa sungguh patik lihat.. Ampun Tuanku.. “
” MashaAllah.. SubhanaAllah.. Alhamdulillah betapa cantik Tengku Permaisuri dlm persalinan soft pink.. Junjung Kasih DYMM Sultan & Permaisuri.. “
” Cantiknyaaa lahai Permaisuri Selangor ni.. Moga Allah kurniakan kesejahteraan buat Tuanku , dilanjutkan usia dan dalam lindungan rahmat Allah.. “
” Sejak2 bertudung ni, auto nampak Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin bertambah2 cantik sangat.. “
Alahai memang cantik sangat penampilan Tengku Permaisuri Norashikin, patut lah ramai yang tak henti-henti memuji. Apa-apa pun semoga Tengku Permaisuri Norashikin sentiasa dalam rahmat dan lindungan Allah serta segala urusan sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG selangorroyalofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

