Artis / Selebriti
” Cantiknya Che’ Puan pakai tudung bawal, nampak remaja lah.. ” – Netizen
Kongsi Video Tampil Memakai Tudung, Perkongsian Oleh YAM Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam Cur1 Perhatian Ramai. Alahai Manisnya Che’ Puan Besar Khaleeda Bertudung !!
Bagi yang mengikuti Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam di Instagram, pasti tahu Che’ Puan Besar Khaleeda sering berkongsi gambar bersama keluarganya. Telah mendirikan rumah tangga bersama Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pasangan Diraja ini telah dikurniakan 4 orang cahaya mata.
Terbaru, Che’ Puan Besar Khaleeda telah berkongsi satu video bersama anakanda-anakandanya. Namun perkongsian pada kali ini sangat menarik perhatian kerana menerusi video itu kelihatan Che’ Puan Besar Khaleeda memakai tudung.
Selain video, Che’ Puan Khaleeda telah berkongsi kapsyen bahawa lagu yang menjadi latar belakang videonya itu sangat disukainya. Malah Che’ Puan Khaleeda turut menyatakan bahawa sesiapa yang tahu lagu-lagu Arab yang sedap didengar bolehlah berkongsi tajuk kepadanya.

Hingga kini, perkongsian video Che’ Puan Khaleeda telah mendapat tanda suka lebih 48 ribu dan ratusan komen. Ada yang memberikan komen bahawa Che’ Puan Khaleeda kelihatan cantik dan seperti usia remaja mengenakan tudung bawal seperti itu.
Ikuti perkongsian video tersebut di bawah ini :
https://www.instagram.com/p/CWYBF1bp5qA/
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan netizen setelah menonton video Che’ Puan Besar Khaleeda tersebut. Malah, mereka juga tidak ketinggalan berkongsi tajuk-tajuk lagu Arab kepada Che’ Puan Besar Khaleeda. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ya Allah. Cantiknya. Hopefully i can meet u in person 1 day. Nampak bertambah manis lah Che Puan bertudung, sejuk je tengok.. “
” Lefff sangat cantik sangat che puan dan anakanda Lily. Che’ Puan pakai tudung bawal nampak remaja lah.. “
” Che puan ni nutral beauty, pakai tudung simple macam ni pun dah cantik sangat. Semoga Che’ Puan sentiasa dalam rahmat Allah, amin.. “
” MasyaAllah manisnya, tamally maak by amr diab Che Puan, try lah dengar memang layan sangat lagu tu, bagi saya memang sedap lah.. “
” MashaAllah so pretty, semoga terus istiqamah Che’ Puan Besar Khaleeda. Lagu2 arab favourite sy kebanyakan dari Nancy ajram. Lagu2 dia semua best.. “
” Cantiknya anak beranak ni, manis betu lah senyuman Che Puan. Makeup ringkas pun dah cantik. Saya doakan semoga satu hari Che Puan akan bertudung sepenuhnya.. “
” Boleh try dgr lagu alby nadaak by Amal Hijazi,besttt. Btw Che Puan memang nampak let0p sangat bertudung bawal macam ni.. “

Cantiknya Che’ Puan Besar Khaleeda dan bertambah manis mengenakan tudung seperti itu. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap semoga Che’ Puan Besar Khaleeda terus bahagia bersama keluarga dan sentiasa dalam lindungan Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG YAM Che’ Puan Besar Khaleeda
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti11 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

