Artis / Selebriti
” Cantiknya, ni baru betul minimalist. Jimat duit tak payah beli deko banyak.. ” – Netizen
Black Hanifah Kongsi Video Dekorasi Rumahnya Yang Berkonsepkan Minimalist Buat Ramai Kagum. Wah Cantik Sungguh Setiap Sudut Rumah Black. Nampak Simple Tapi Sangat Elegant !!
Meninjau di akaun Instagram milik penyanyi Black Hanifah, telah dikongsikan video yang memaparkan ruang rumah rehatnya yang terletak di Pulau Langkawi. Menerusi kapsyen, Black memaklumkan segala mengenai hiasan dalaman, seni bina rumah tersebut adalah hasil idea dirinya dan isteri.
Tulis Black lagi, rumah tersebut hanya mengambil masa tiga bulan sahaja untuk siap dan segala bahan mentah yang digunakan untuk membina rumah dibeli sendiri oleh Black. Black turut berkongsi kepada semua peminatnya semua ruang di dalam rumah.
Rumah Black ini berkonsepkan minimalist. Kalau dilihat, semua ruang di dalam rumah nampak ringkas dan tidak menggunakan dekorasi yang padat. Paling menarik adalah ruangan tamu dan ruangan dapur yang sangat elegan. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet.

Ramai yang meluahkan rasa kagum dengan hasil kerja rumah Black dan ada yang mengatakan suasana di rumah Black nampak sangat tenang. Sehingga kini, video rumah Black menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Black ini dan pelbagai respon diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Cantiknya, ni bru betul minimalist.jimat duit tak payah beli deco banyak.. Suka betul tengok, nampak simple dan tenang sangat.. “
” Nice. Plg suka pangkin yg kt luar sambung dgn tangga tu.. Pandai betul Black dan wife buat konsep rumah.. Cantikkkk.. “
” Petang dok ronda kot2 nmpak black sekeluarga. Hehheh… Cantik tempatnya.. Serius.. Tak puas tengok, sebab cantik sangat.. “
” Design dalam mcm pernah nampak dalam airbnb.. Ke salah..Hehehe. Suka rumah design mcm ni. Terbaik lah Black.. “
” Cantiknyaaaaa, bestnya kalau dapat buat rumah macam ni satu biji.. Nampak tenang, bila dah berusia ni nk rumah simple2 je.. “
” Perhhhhh padu bos, lawoooo betul.. Kalau anak kecik seram tengok ruang tamu tu, tpi anak dah besar ok lah hehehe.. “
” Wow.. Bp kos dia klu size mcm ni.. Tersuka pula kita tengok.. Mana tahu ada rezeki nanti, teringin juga nk buat design rumah mcm ni.. “
Betul lah apa yang dikatakan oleh Black, bukan besar rumah menjadi kebanggaan tapi kebijaksanaan membina ruang syurga buat keluarga adalah menjadi keutamaan. Memang cantik sangat rumah Black, meskipun rumah ini tidak begitu besar, namun ianya kelihatan sangat menarik.

Silakan SHARE..
Sumber : IGblack.hanifah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen



