Artis / Selebriti
” Cara Maryam baca tu nampak tenang dan menghayati betul, kita tengok pun tersenyum.. ” – Netizen
Video Maryam You Narae Ketika Diminta Untuk Membaca Surah Al-Fatihah Raih Perhatian Ramai. Alahai Lawak Maryam, Tersilap Baca Doa Makan Pulak. Semangat Betul Maryam Baca Al-Fatihah !!
Siapa tidak mengenali pasangan selebriti media sosial dan juga Youtuber terkenal iaitu Maryam You Narae serta Ryzal Ibrahim. Sejak mendirikan rumahtangga dengan Ryzal, populariti Maryam terus mencanak naik sehingga sering diundang ke program televisyen.
Nama Maryam turut menjadi perbualan apabila Maryam memutuskan untuk berhijab pada awal tahun lalu. Nampak sopan serta anggun, penampilan Maryam juga semakin menjadi perhatian dan ramai memuji penampilan Maryam yang dikatakan kelihatan semakin manis.
Meninjau di akaun Tiktok Nona telah berkongsi dua video yang memaparkan Maryam dan Ryzal sebagai tetamu jemputan rancangan tersebut. Menerusi video itu, Maryam dan Ryzal telah bercerita kisah sepanjang perkenalan sehinggalah mereka berumahtangga.

Namun satu video lain pula, telah memaparkan Maryam diminta untuk membaca surah Al-Fatihah. Permintaan tersebut telah diterima baik oleh Maryam dan Maryam telah membaca dengan penuh semangat. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet.
Tonton video di bawah ini :
@nona.my Pasangan pempengaruh Durian Kimchi, Ryzal dan Maryam ternyata punya pengikutnya yang tersendiri. Perwatakan unik kedua-dua individu ini dilihat saling melengkapi. Tak keruan kami di NONA melayani kerenah Ryzal dan Maryam yang adakalanya ‘masuk air’ namun sentiasa ceria! Dan secara eksklusifnya, Ryzal dan Maryam berkongsi pelbagai kisah duka sepanjang perkenalan dan perhubungan mereka yang tak semua tahu, serta pendedahan berhubung penghijrahan Maryam ke agama Islam. #majalahnona #nonano1 #inspirasinona #womenoftiktok #tiktokguru
@nona.my Ryzal berkongsi apa yang dipelajarinya sebagai seorang suami, selain usahanya membimbing Maryam ke jalan Islam. Lihat video penuh di Youtube & Facebook Majalah Nona #majalahnona #nonano1 #inspirasinona #womenoftiktok #tiktokguru
Selain menyukai video tersebut, ramai memuji bacaan Maryam dan kagum dengan kesungguhannya mendalami agama Islam. Antarra komen-komen menarik adalah :
” Cara Maryam baca tu nampak tenang dan menghayati betul, kita tengok pun tersenyum.. hebat awak Maryam dan tahniah Ryzal jadi suami yg baik bimbing istri.. “
” Bagusnya awak Maryam, bacaan fatihah lancar, pakai tudung pn elok.. Tahniah sekali dgn suaminya bimbing isteri kejln Allah.. “
” Alhamdulillah kalau salah kita bole belajar.. Brlajar perlahan2 insyaallah akan dipermudahkn.. Nmpak keikhlasan dia baca Al-Fatihah.. “
” Tak apa la slow2, comel Maryam.. Alhamdulillah… Maryam dgn sungguh tenang terbaik membaca Al-Fatihah… Rizal suami yg terbaik membimbing Maryam.. “
” Suka dgn pelat dia.. Moga terus istiqamah dlm mencari cinta ALLAH ya Maryam.. Semakin cantik bila dah brhijab ni, manis je tengok.. “
” Alhamdulillah… Trus istiqamah dan moga rumah tangga yang dibina ini akan terus bhgia till jannah, amin… Suka tengok Maryam dan Ryzal.. “
” Dia ain tu jelas.. Kadang org kita pn tak jelas sgt sebutan tu.. Tahniah Ryzal awk didik Maryam dgn baik.. Bimbing dgn betul harap Maryam terus istiqamah mendalami islam.. “
Lancar bacaan Maryam walaupun pada awalnya kelakar mendengar Maryam tersalah membaca doa makan. Apa-apa pun terbaik lah usaha Ryzal dalam membimbing Maryam. Daripada tidak memakai tudung, sekarang sudah bertudung. Semoga Maryam terus istiqamah untuk mempelajari lebih mendalam ajaran agama Islam.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok nona.my, IG maryamyunrrr
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

