Artis / Selebriti
” Ceh geram je muka dia lepas dapat pecahkan board tu. Muka ada kembang-kembang sikit, haha.. ” – Komen Netizen
Video Jebat Jayden melakukan aksi Taekwondo dengan memecahkan board papan raih pujian ramai. Wah hebat lah Jebat, boleh ganti Baba nanti ni. Sekali angkat kaki je dah patah papan tu, Sharnaaz junior sangat..
Pada perkongsian terdahulu, Sharnaaz Ahmad ada berkongsikan sekeping gambar yang menunjukkan dirinya bersama mantan isteri, Noor Nabila dan anak mereka, Jebat Jayden. Sharnaaz turut memberitahu di ruangan kapsyennya, hari itu merupakan hari konsert Jebat di sekolah.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Sharnaaz, telah dimuatnaik pula satu video yang memaparkan persembahan Jebat pada hari tersebut. Jebat memilih untuk melakukan persembahan aksi Taekwondo. Jebat memakai pakaian formal sukan mempertahankan diri itu dan berdiri di tengah pentas.
Coach Jebat memegang sekeping papan dan mengarahkan Jebat untuk mematahkan papan tersebut dengan tendangan. Hanya sekali tendang sahaja, Jebat sudah berjaya membelah dua kayu itu. Aksi Jebat itu mendapat pujian daripada ramai warganet. Bak kata Sharnaaz, Jebat boleh menggantikan tempat Ghaz apabila dewasa kelak.

Reaksi wajah Jebat juga menarik perhatian warganet. Bangga muka Jebat kerana dapat memperlihatkan kehebatannya di hadapan ramai orang. Pastinya Sharnaaz dan Nabila juga turut bangga dengan pencapaian yang telah dicapai oleh anak mereka ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 39 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Terbaik naga junior.. Cehhh geramm je muka dia lps dpt break board tu.. muka ada kembang2 sikit.. haha.. “
” Muka bangga campur sakit haha.. Jgn copy paste baba sangat baby.. nanti baba takde job dah.. “
” Blood brothers 15 confirm dia ada ni.. insha ALLAH aminn smoga mudah sgl urusannya bang serta abg juga dunia akhirat dan dimakbulkan sgl doa insha ALLAH aminnn RABB.. “
” Wow hebatnya Jebat.. ni bakal anak angkat Pablo ni haha.. Blood brothers ke 30 boleh ni ganti ghaz jadi kepala naga.. “
” ” Ghaz.. ayah nak kamu ganti ayah jadi kepala gas “.. hehe lepas sepak terus slay eh jebat.. Comelnya jebat ni.. “
” Perghh hebat mamu junior.. Muka kerek la lepas tendang haha.. nak sentuh rambut pun seram ni haha.. caya lah Jebat.. “
” Caya lah Jebat.. Ghaz junior in the making.. kuatnya Jebat.. Jebat nie mkin bsr makin hensem la mnis je dia snyum.. “
Bagus Jebat, ada keyakinan dan keberanian untuk beraksi di hadapan ramai orang. Ini baru betul anak jantan Baba, kembang kuncup Baba dengan kehebatan Jebat. Apa-apa pun, semoga Jebat terus menjadi anak yang soleh dan kebanggaan kedua ibu bapa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sharnaaz Ahmad
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

