Artis / Selebriti
” Comel sangat, mendalam betul ayat yang Baby tulis kat surat tu.. ” – Komen Netizen
Video Bell Ngasri Menerima Hadiah Hari Lahir Daripada Adiknya, Baby Raih Perhatian Ramai. Wah Kreatif Betul Baby Punya Hadiah, ‘Penjara’ Pun ‘Penjara’ Lah Baby. Part Isi Kandungan Surat Tu Paling Kelakar, Hehe !!
Meninjau ke akaun Instagram Bell Ngasri, perkongsian sebuah video yang memaparkan Bell menerima hadiah hari lahir daripada adiknya yang dipanggil Baby telah meraih perhatian ramai. Baby merupakan seorang anak yang istimewa dan sangat behave.
Baby menghadiahkan sebuah lukisan bendera Malaysia kepada Bell. Bell sempat lagi mengusik Baby menyatakan kenapa Baby memberikan hadiah ini seperti hadiah dua dalam satu iaitu bersempena hari lahir dan juga hari kemerdekaan Malaysia.
Baby turut menyelitkan sekeping surat kepada abangnya. Apabila dibuka, isi kandungan surat tersebut sungguh tidak dijangkakan. Sekeping kertas yang penuh dengan huruf ‘B’ telah ditulis oleh baby. Walaupun nampak kelakar namun sangat bermakna.

Perkongsian video ini telah menerima lebih lima ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Paling menghiburkan apabila Baby menyebut bendera sebagai ‘penjara’. Apa pun Bell amat menghargai pemberian adiknya ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila melihat video ini. Antara komen – komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Ada lagi tak video dengan baby, suka nengok nya.. alahhh..comel haa..penjare pon penjare lah baby. Cute hadiah , sbb org yg bg super cute.. “
” Imaging mereka ni sebenarnya besar tau..Tapi dorg xtau macamana nak explain & describe Sy ade sorg anak syurga umor 12thn,kdg tu dia pikir di luar kotak pemikiran kite.. “
” Hahahahah Allah!! Comel sgt. Tang surat lg kuat dekah aku.. Salam, untung dpt hadiah awal dr adik baby eeek, ada bendera Malaysia lagi dekat, beg.. “
” Dlu msa kje kt kedai mkn dlm pasar jln Ipoh tu kerap jgk jumpa baby sarapan kt situ. Thn 2003/2004 cmtu. Sy msa tu 20 thn. Agak2 brp umur baby skrg? “
” Nk bg bell sedar yg bell tu duk Malaysia jgn berangan mcm duk Overseas. Alaa comeyy.. gigih la baca surat baby. Comel je baby… Bell, rejeki tu, amik je, bendera pon bendera laa .. “
” Baby suka merah putih .. comel.. sy pun ada anak syurga, autisme… ada masa mereka penyejuk hati, suka buat benda yg blh kita ketawa, gembira dan bahagia.. “
” Ah! Mendalam btl ayat YG baby tulis kt Surat tu. Bacakan untuk kami bell.. Bulan merdeka bg la bendara malaysia 2 in 1.. “
Comel sungguh hadiah yang diberikan oleh Baby kepada abangnya. Semestinya Baby merupakan orang pertama memberikan hadiah kepada Bell kerana hari lahir Bell jatuh pada 30 Ogos nanti. Walaupun masih awal, kami mengucapkan selamat hari lahir kepada Bell.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bell Ngasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

