Artis / Selebriti
” Comel ucapan ayahanda. Tuanku ada-ada je ayat comel tu.. ” – Komen Netizen
Video Ucapan KDPB Tuanku Sultan Abdullah Untuk Anakandanya, YAM Tengku Puteri Afzan Ketika Di Resepi Majlis Bertandang. Ucapan Yang Mencuit Hati Hadirin Tetapi Ada Permintaan Khas Di Hujung Tu, Hehe !!
Berakhir sudah majlis penuh gilang gemilang istiadat perkahwinan diraja Pahang antara YAM Tengku Puteri Afzan dan pasangannya, FD Idzham. 3 majlis di Istana Pahang dan 2 majlis di sebelah pengantin lelaki melengkapkan perjalanan perkahwinan diraja ini.
Meninjau akaun Tiktok Rbeventor, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Tuanku Sultan Abdullah memberikan ucapan istimewanya untuk Tengku Afzan dan FD Idzham. Ini adalah acara penutup sebelum majlis resepsi semalam berakhir.
Titah Tuanku Sultan Abdullah agar puteri dan menantunya itu mencari tempat berbulan madu yang tidak diganggu. Tuanku Sultan sempat berseloroh moga-moga Pekan menjadi destinasi honeymoon dan disambut dengan gelak ketawa daripada para tetamu.

Tuanku Sultan juga meluahkan hasratnya dan permaisuri serta kedua ibu bapa Fd Idzham yang mereka teringin bercucu dan berharap agar penantian itu tidak lah terlalu lama. Impian ayah dan bonda yang sememangnya juga menjadi impian semua rakyat jelata Pahang.
Jom tonton video di bawah :
@rbeventor Penutup majlis perkahwinan FD Idzham ❤️ YAM Tengku Puteri Afzan dapat pesanan penuh makna daripada KDPB Tuanku Sultan
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Insha Allah Aamin.. semoga doa Tuanku dimakbulkan oleh Allah swt.. Comel ucapan ayahanda.. ”
” Honeymoon di Pekan hehe. Tuanku ada-ada je ayat comel tu.. Aamin in Syaa Allah, semoga Allah makbulkan permintaan Tuanku.. ”
” Best ever ucapan daripada ayahanda dan bonda.. Sweet ucapan tuanku.. kita ramai-ramai aamin kan.. ”
Kata-kata ucapan Tuanku yang kedengaran simple tetapi mengandungi harapan yang tinggi. Ramai di kalangan warganet yang turut mendoakan agar semua harapan Tuanku Sultan dan permaisuri itu dimakbulkan Allah dalam kadar segera.

Bernoktah sudah istiadat perkahwinan diraja Tengku Afzan dan FD Idzham. Semoga Allah kurniakan pasangan ini kebahagiaan, ketenangan, kesabaran dan keamanan dalam rumahtangga. Moga kekal berkekalan sehingga ke anak cucu, Insha Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rbeventor
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

