Artis / Selebriti
” Comellah dia nyanyi, anak orang putih tapi cakap Ganu.. ” – Netizen
Video Anak Mat Dan, Zayne Menyanyi Lagu Tema Rancangan Mat Dan, Kaki Jalan Buat Ramai Terhibur. Wah, Pekat Sungguh Loghat Terengganu Zayne !!
Pada yang pernah menonton rancangan travel0g Mat Dan, Kaki Jalan pastinya anda mengetahui lagu tema program tersebut. Lagu yang menggunakan dialek Terengganu berjudul MOK (Emak) pada asalnya dinyanyikan oleh Naquib Mohammad.
Rancangan tersebut dihoskan oleh Mat Dan sendiri dengan memaparkan tempat-tempat menarik di Malaysia. Mat Dan juga membawa penonton ke tempat kelahirannya di Cheltenhem, United Kingdom serta bertemu ahli keluarganya dalam episod pertama.
Rancangan tersebut bersiaran di Astro Prima dan Astro Maya HD pada 24 November 2016 hingga 16 Februari 2017. Apa yang menarik ialah Mat Dan mengacarakan program ini dalam loghat bahasa Terengganu dengan begitu fasih seperti orang yang berasal dari sana.

Menerusi akaun Instagram, Mat Dan telah memuatnaik video anaknya, Muhammad Zayne Danial yang menyanyikan lagu tersebut. Zayne yang baru berusia dua tahun juga turut fasih bercakap loghat Terengganu. Wah, hebatlah Zayne !!
Jom tonton video di bawah :
Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Zayne terutamanya loghat Terengganu Zayne yang begitu pekat. Antara komen-komen mereka :
” Terbaik Zayne…. ramai anak2 artis muka pure Melayu.. ckp omputih.. Mat _dan 1 selamba je ckp loghat Ganu pekat dgn Zayne… “
” Comey la die.. muke org putih.. tapi cakap ganu.. terrbaik la zayne.. “
” My favourite song , bring back my favourite programme Mat Dan Kaki Jalan “
” Alaaa comel la diaa nyanyi.. ank org putih tp ckp ganu.. suka tgk bijak sgt bdk ni.. “
” Omeyyylaaa zayne ni….sedak tau nasik kuoh singgang.. “
” Kita plak yg tersengih2 dengo zain ckp pelat.. Wah bijaknya Zayne… .ckp ganu lagi.. “
” Mok sayo peminat no 1 rancangan mat dan kaki jalan ni weii .. “
” Hahah suka dgr zayne sebut takd0k..comel je ckp ganu.. “
Alahai, comel je Zayne menyanyikan lagu tersebut sampai tersalah lirik. Pastinya ramai merindui rancangan Mat Dan Kaki Jalan. Harap-harapnya ada untuk season kedua pula dengan menampilkan Zayne di dalam program tersebut. Pasti comel !!

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mat Dan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

