Artis / Selebriti
” Comelnya abang pandai jaga adik. Pipi Inara tu montel betul.. ” – Komen Netizen
Gambar Anak Sulung Zahirah Macwilson, Isaac Raees Bersama Adiknya Inara Raisa Raih Perhatian Ramai. Alahai Sayang Sungguh Isaac Dengan Adik Inara. Ada Yang Kata Muka Inara Copy Paste Muka Isaac. Pipi Tu Dah Makin Montel Lah Inara, Comel Sangat !!
Pada tanggal 31 Mei yang lalu, pelakon cantik Zahirah Macwilson atau pemilik nama sebenar Nur Zahirah Macwilson Zainul Macwilson berkongsi berita gembira telah selamat melahirkan anak keduanya iaitu seorang bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di Perth, Australia. Dalam masa yang sama, Zahirah turut memaklumkan nama puterinya itu iaitu Inara Raisa.
Selepas bersalin, kelihatan Zahirah sering berkongsi keadaannya sekarang yang sedang berpantang di rumah ibunya di Perth. Meninjau di akaun Instagram, Zahirah memuatnaik beberapa gambar terbaru memaparkan telatah anak sulungnya, Isaac bersama adiknya di atas katil.
Menerusi gambar pertama, kelihatan Isaac sedang memegang Inara sambil matanya melihat Inara dengan penuh kasih sayang. Menerusi gambar kedua, Isaac memberikan kucupan istimewa kepada adiknya dan menerusi gambar ketiga pula, Isaac memeluk erat tubuh Inara.

Ramai yang mengatakan geram melihat kecomelan kedua-dua anak Zahirah ini. Sementara itu, ada juga Inara sekarang semakin montel meskipun usianya belum lagi 1 bulan. Sehingga kini, gambar Isaac dan Inara menerima ratusan komen serta puluhan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian gambar di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar-gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian terbaru oleh Zahirah ini dan memuji kecomelan kedua anak-anaknya. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sweetnya tengok renungan penuh kasih Isaac kat Inara, dua-dua comel.. Moga2 dua ini menjadi anak2 yang soleh dan solehah kedua orang tuanya.. Aminnn… “
” MasyaAllah comelnya dua2, lebat rambut Raisa.. Abang2 dah Isaac sekarang.. Nampak macam dah boleh harap dia jaga adik.. Geramm tengokk.. “
” Alolololo… Abang sayang betul dengan adik dia.. Jaga adik elok2 tau Isaac.. Nanti adik dah besar boleh main sama-sama.. Nmpk Inara copy paste Isaac lah.. “
” So cute Abang Isaac & Adik Inara.. Tahniah si cantik Zahirah, selamat berpantang.. Moga ibu dan anak sihat hendaknya.. Tak sabar nak tengok wajah Inara.. “
” Bestnya ada baby.. Cute dua2 anak Zahirah ni.. Nanti dah besar mesti Isaac dan Inara tengok gambar ni diorang senyum2.. Hehehe.. “
” Abang yang penyayang.. Inara lembat betul rambut.. Hitam pekat.. Pipi dah montel dah, kejap betul tengok dia besar.. Tak lama lagi sama besar dengan abang.. ”
” Comel macam donut dua beradik ni, hehehe pipi tu montel betul.. Comelnya abang pandai jaga adik.. Tebal betul tengok rambut Inara, pekat hitam.. “
Terserlah sifat Isaac sebagai seorang abang yang penyayang. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Zahirah dan Aiman atas kelahiran cahaya mata kedua mereka. Semoga Inara Raisa terus membesar dengan sihat serta menjadi anak yang solelah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG zahirahmacwilson
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

