Artis / Selebriti
” Comelnya baby Persia, bambam sangat. Pandai Petra pegang adik.. ” – Komen Netizen
Mona Allen Dedah Wajah Penuh Anak Keduanya, Persia Pekin Buat Kali Pertama. Alahai Comel Dan Bambam Sungguh Pipi Baby Persia. Gambar Last Persia Dan Abang Petra Pekin Tu Sweet Sangat !!
Mona Allen selamat melahirkan anak keduanya dengan kaedah caesar pada 4 Jun yang lalu. Mona dan Pekin Ibrahim sepakat memilih nama Persia Pekin untuk anak kedua mereka ini. Sebagaimana pasangan lain, Mona dan Pekin juga turut membuat sesi photoshoot untuk Persia.
Menerusi akaun Instagram Mona Allen, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan Mona, Pekin, Petra dan Persia ketika sesi photoshoot itu sedang berjalan. Mereka memilih tema yang santai sahaja dan kali ini wajah Persia ditunjukkan kepada umum buat kali pertama.
Persia bakal berusia 2 bulan dan membesar dengan sihat. Warganet dapat melihat wajah Persia yang comel dan chubby. Raut wajah Persia juga saling tidak tumpah seperti Pekin. Lena sungguh Persia tidur, langsung tidak terjaga walau pun macam-macam posisi bergambar dilakukan.

Selain gambar keluarga, pasangan ini juga mengabadikan gambar Petra bersama adiknya itu. Comel sahaja melihat Petra meriba Persia. Petra sudah seperti abang-abang sekarang sejak adanya Persia. Gambar terakhir Petra mencium Persia juga sangat comel. 2 buah hati kesayangan Mona dan Pekin yang handsome.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian oleh Mona ini telah pun meraih perhatian warganet dan ramai yang memuji kecomelan wajah Persia. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Comelnya baby Persia.. Beautiful family.. sweeettt nya ari tu tgok pict Uyaina dan fam, now Mona allen dan fam.. ”
” SubhanAllah beautiful family,sy minat pekin dari dia budak2 berlakon cerita ninja.. mona sooo cantik.. ”
” Comelnya Petra pegang adik.. nampak sangat sayang betul pada adiknya tu. Tahniah Pekin dan Mona Allen.. ”
” Masyallah comel nya baby and cantik Mummy Mona. mcm mochi comel betul si baby Persia.. geram nak gigit.. eee comel sgt lah.. semoga bahagia selalu kak mona.. ”
” Beautiful family pics Kak Mona and Abg Pekin. May Almighty Bless you all with the best in life always.. ”
” MasyaAllah comel-comel sangat dua beradik ni. Beautiful family. Tahniah.. comel-comel anak mona dan pelo
” Mak aiii, diam-diam dah 2 orang anak Mona. bambamnya baby tu, comel sangat.. last picture tu paling sweet.. ”
Lengkap keluarga kecil Mona dan Pekin dengan kehadiran Petra dan Persia. Anak-anak adalah pengikat kasih sayang suami dan isteri. Semoga kedua-dua anak Mona dan Pekin ini membesar dengan sihat selalu dan menjadi anak yang soleh kepada kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mona Allen
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

