Artis / Selebriti
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Aliff Syukri menyakat Bella Astillah sebelum Bella membuat persembahan buat ramai terhibur. Kelam kabut Bella bila dengar apa yang Dato’ Aliff cakap macam tu, dah macam tengah buat pengumuman penting. Johan pun sempat lagi sambung menyakat Bella, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik bassforever1, telah dikongsikan video yang memaparkan penyanyi Bella Astillah membuat persembahan di sebuah majlis. Menerusi video itu, ketika mahu memulakan persembahan, Bella telah diusik oleh usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri.
Pada awalnya, Bella tidak sangka Dato’ Aliff datang dari belakang dan terus mengambil mikrofon yang dipegang oleh Bella. Kata Dato’ Aliff kepada Bella, mengapa Bella perlu bersedih lagi, sedangkan YB Syed Saddiq telah dibebaskan. Bukan itu sahaja, Dato’ Aliff berseloroh kepada Bella sudah berjanji mahu memberikan kad undangan perkahwinan kepadanya.
Mendengar apa yang dikatakan oleh Dato’ Aliff itu, Bella memberikan reaksi terkejut dan mahu berebut kembali mikrofon daripada Dato’ Aliff. Dalam masa yang, kelihatan penyampai radio dan pelawak, Johan terus datang untuk meleraikan keadaan tersebut.

Namun tidak disangka, Johan juga turut menyakat Bella dengan memperkenalkan namanya sebagai ‘ Abang Syed Johan ‘ dan semua penonton yang hadir terus berdekah ketawa. Sehingga kini, video Dato’ Aliff menyakat Bella itu telah menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@bassforever1 Dato alif buat hal 🤣#bellaastillah #syedsaddiq #bass #fyp
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen daripada warganet adalah :
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. Lawak-lawak, haha.. “
” Kuat menyakat Dato & Syed Johan ni.. Comel je Bella nak rampas Mic tu dr Dato.. Menceriakan suasana betul, kita tengok pun ketawa, haha.. “
” Dato kan main ye, tak menyabar, hahahahaha.. Nak pengsan dah Bella tu bila Dato buat pengumuman macam tu, dato2.. “
” Cari pasal betul Dato’ Aliff ni, haha.. Pecah lubang betul, habis dia keluarkan rahsia.. Nasib lah terhenti dekat situ ja, kalau sambung lagi, panjang lagi lah cerita.. “
” Hahahaha mesti Bella rasa menyesal bagitau awal2 dlu dekat Dato Alipp, hahahaha.. Sekali dia bagitau semua orang weh.. “
” Dato’ Aliff buat hal betul, nasib Johan datang menyelamatkan keadaan.. Penik terus Bella bila mikrofon dapat dekat Dato’ Aliff.. “
” Hahahaha… Abg Syed Johan ada, sempat lg tu Johon sambung menyakat Bella.. Cute betul tengok part Bella berebut mic dengan Dato’ Aliff.. “
Usik warganet dengn mengatakan Dato’ Aliff seorang yang tidak boleh menyimpan rahsia. Ramai yang terhibur melihat reaksi terkejut Bella ketika disakat oleh Dato’ Aliff. Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja buat Bella dan YB Syed Saddiq. Andai ada jodoh mereka pasti tak akan ke mana. Doakan juga semoga segala urusan mereka dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok bassforever1
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

