Artis / Selebriti
” Cute je doa, semoga Allah SWT perkenankan semua doa Haji Nabil.. ” – Netizen
Video Thr0wback Nabil Ahmad Baca Doa Ketika Majlis Perkahwinan Anak Sharifah Shahirah Buat Tetamu Terhibur. Jarang Orang Baca Doa Macam Ni Kat Majlis Kahwin. Part Doakan Sherry Alhadad Tu, Terus Tersenyum M4lu Sherry Dibuatnya, Hehe !!
Umum mengetahui pada bulan lalu, anak sulung penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira iaitu Allisya Tahir telah pun selamat bergelar isteri dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Zulhisyamuddin.
Sharifah Shahirah atau lebih mesra dengan panggilan Shiera turut berkongsi momen saat majlis meraikan anak menantunya. Terbaru, meninjau di akaun Instagram, Sheira ada memuatnaik satu video throwback ketika majlis resepsi Alissya.
Video itu memaparkan Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad telah menjadi pengacara majlis. Kedengaran Nabil telah memulakan majlis dengan bacaan doa. Namun bacaan doa Nabil telah menarik pendengaran ramai.

Banyak yang dipohon oleh Nabil dalam doanya seperti Sheira dimurahkan rezeki, memohon agar semua tetamu yang hadir diberikan kesihatan yang baik. Malah Nabil juga mendoakan agar Sherry cepat bertemu jodoh.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, ramai yang memberikan emoji ketawa setelah mendengar bacaan doa oleh Nabil. Antara komen-komen warganet adalah :
” Allahumma Aamiin YRA. Cute jaa doa Nabil. Semoga Allah SWT perkenankan semua doa yg dipohon oleh Haji Nabil utk seluruh umat Islam.. “
” Doa Nabil paling win. Tahniah kak, dah dapat menantu, semoga pengantin terus bahagia dan kekal hingga ke syurga.. “
Sehingga kini, video Nabil membaca doa telah menerima lebih 3 ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Tersipu m4lu Sherry apabila mendengar doa Nabil buatnya. Kedengaran ramai tetamu turut mengaminkan doa Nabil kuat-kuat, hehe.

Bagus lah Nabil, semua orang Nabil doakan yang baik-baik. Di ruangan kapsyen, Sheira juga berharap agar segala doa yang dibaca oleh Nabil ketika majlis resepsi Allisya itu akan dimakbulkan semua oleh Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shieraijoy, nabilzira
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

