Artis / Selebriti
” Daddy okey tak kalau mommy follow ? ” – Fazura
Video reaksi Nur Fatima Aisya ketika Fazura bergurau ingin mengikutnya pergi bercuti bersama Fattah Amin raih perhatian ramai. Alahai comel betul ekpresi wajah Fatima, good girl sangat lah Fatima ni..
Menerusi perk0ngsian di akaun Instagram Fazurafatima_fc, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live Fazura bersama anaknya, Nur Fatima Aisya. Fazura sedang mempromosikan produk jualannya sambil dibantu oleh Fatima dan seorang pembantu lelaki.
Fatima memang seorang yang cheeky dan ramai yang memberikan gifts ketika live sedang berlangsung. Gelagat Fatima memberikan respon untuk gifts yang diberikan oleh viewer begitu menghiburkan. Fazura juga ada menyebut yang Fatima adalah bakal menjadi founder untuk produk keluarannya.
Memandangkan Fatima akan pergi bercuti bersama daddy Fattah Amin ke Hong Kong Disneyland , Fazura bertanyakan kepada Fatima, berapa hari Fatima akan ke sana. Fatima menunjukkan isyarat jari membawa maksud 4 hari, namun kata Fatima dia sebenarnya ingin 8 hari.

Fazura mengajar Fatima untuk bersyukur walaupun percutiannya pendek asalkan Fatima happy. Fazura juga sempat berseloroh mengatakan dia ingin ikut bercuti bersama Fatima dan Fattah. Mendengar ayat ini, Fatima memandang ke arah Fazura sambil membuat mimik muka yang comel.
Jom tonton video perkongsian di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” I wonder how faz explain to fatima and how was her reaction.. Mummy daddy x bole duduk bersama lagi.. So. Sad kan.. Hope fatima akan dpt kebahagiaan Drpd kedua mommy daddy.. “
” See.. Fazura orang baik.. Fattah pun orang baik.. Semua dah tertulis jodoh mereka sampai sini je.. “
” Buah hati mommy sorang ni… Faham jek dia situasi. U are so lovely Fatima.. Fatima bijak, pandai bawak diri.. dia faham situasi mommy dengan daddy.. “
” Bijak anak mami dady ni.. kecik2 pandai jaga hati mami n dady dia.. love fatima.. terus jadi ank yg baik ok.. have fun ok.. “
” Fatima bijak boleh faham situasi mommy daddy.. sayang Nyamma.. “Tak pa laa… “ ermm, Fatima anak yang bijak & sangat pandai jaga hati Mommy ya.. . Semoga Mommy & Fatima sentiasa dalam kasih sayang Allah SWT, aamiin.. “
” Matangnya fikiran Fatima ni ya Allah.. Siapa kata anak2 mangsa perceraian ? Terpulang kepada cara ibubapa menerangkan situasi kpd anak mereka.. “
” Bijak Fatima, reaksi dia tu buat kita pulak mengharap pulak. faz dan fattah dua-dua dah move on, drg pun ok je co-parenting.. moga suatu hari nanti boleh bercuti bersama macam sharnaaz Nabila.. “
Seronok warganet mendengar perbualan antara Fazura dan Fatima itu. Walaupun Fatima masih kecil, tetapi sudah menunjukkan kematangannya. Reaksi Fatima sangat-sangat priceless. Apa-apa pun, semoga hubungan antara Fazura, Fattah dan Fatima sentiasa baik sampai bila-bila.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fazurafatima_fc
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

