Artis / Selebriti
” Dah besar anak teruna Zamarul, handsome.. ” – Netizen
Gambar Keluarga Zamarul Hisham dan Diana Rafar Bercuti Bersama Anak-Anak Raih Perhatian Peminat. Wah Sudah Lain Sekarang Wajah Anak Teruna Zamarul, Izzat Haiqal. Manis Macam Papanya Juga !!
Meninjau akaun Instagram Diana Rafar, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru Diana bersama suaminya, Zamarul Hisham dan anak-anak mereka. Keluarga ini keluar bercuti bersama-sama untuk menghab1skan masa bersama anak-anak tersayang.
Umum mengetahui, Zamarul dan Diana baru sahaja dikurniakan seorang bayi lelaki beberapa bulan yang lalu yang dinamakan sebagai Kayden Haiqal. Selain Kayden, pasangan ini turut dikurniakan 2 orang anak lagi iaitu Kashfi Haiqal dan Kayla Reysha.
Bagi yang tidak tahu, Zamarul juga mempunyai 2 orang anak menerusi perkahwinan terdahulunya iaitu Izzat Haiqal dan Iqmal Haiqal. Dalam gambar yang dikongsikan Diana ini, wajah terkini Izzat Haiqal juga dapat disaksikan. Izzat yang berdiri di tepi Zamarul tersenyum manis saat wajahnya diambil.

Hubungan Diana dan Izzat ini juga akrab dan hasil tinjauan kami di Instagram Izzat juga, banyak gambar Izzat bersama Diana dikongsikan sejak kecil sehingga sekarang. Apabila anak sudah meningkat dewasa, sudah nampak seperti kawan-kawan sahaja apabila berdiri di sebelah Papanya itu.
Jom baca perkongsian di bawah :
Gambar mereka sekeluarga ini meraih perhatian peminat. Bila semua berkumpul, semua terpancar wajah gembira. Antara komen-komen peminat :
” Suka tengok family ni, love sangat. Cantiknya gambar ni, yang kecil sekali comel je dalam gend0ng.. “
” Handsome anak teruna, happy family.. Selamat bercuti, stau save ye.. slipper tu buy 1 free 1 ke hehehe.. “
” Semoga bahagia hingga jannah. Cepat masa berlalu semua dah besar. Dah besar jadi anak teruna anak zamarul, manis.. “
” Miss you aunty diana rafar and uncle Zamarul and all your family.. “
Pastinya semua seron0k apabila dapat meluangkan masa bersama seperti ini. Lebih-lebih lagi apabila dapat berkumpul sekeluarga, pasti banyak aktiviti dan perkara yang dilakukan bersama untuk mengeratkan lagi hubungan mereka anak beran4k.

Izzat juga sudah dewasa dan nampak sama besar dengan Zamarul. Apa pun, semoga keluarga kecil Zamarul dan Diana ini sentiasa di bawah rahmat Allah, sentiasa dikurniakan kegembiraan dan kebahagiaan bersama dan semua anak-anak menjadi anak yang soleh dan solehah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Diana Rafar, IG Izzat Haiqal
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

