Artis / Selebriti
” Dah besar Qaqa, handsome macam muka papa dia sangat.. ” – Netizen
Gambar Terbaru Anak Lelaki Amy Search, Qaqa At-Tameemi Yang Semakin Dewasa. Wah Muka Memang Iras Betul Dengan Amy Zaman Isabella, Sama Betul !!
Lagenda Rock, Amy Search nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dan cukup terkenal sejak era zaman 80-an lagi. Wajahnya dari dulu sehingga kini masih terlihat sama dan tidak banyak berubah. Amy walaupun sudah bergelar atok pun masih berjiwa rock.
Meninjau akaun Instagram Qasander ( akaun Instagram isteri Amy ), telah dikongsikan sekeping gambar terbaru anak lelaki Amy, Qaqa At-Tameemi. Untuk makluman, Qaqa adalah anak ketiga hasil perkahwinan Amy bersama Nourish.
2 lagi anak pasangan ini bernama Alexander Zulkarnain dan Sania Samara. Dengan kapsyen yang tertulis ucapan selamat pagi untuk semua, wajah Qaqa nampak semakin tampan. Qaqa yang diambil gambarnya ini nampak khusyuk sekali menghadap komputer ribanya.

Mungkin Qaqa sedang mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) seperti pelajar-pelajar lain. Wah siap ada stiker Amy Search lagi di belakang laptop Qaqa ye. Wajah Qaqa ini nampak tak ubah seperti wajah Amy ketika zaman muda dahulu.
Jom baca perkongsian di bawah :
https://www.instagram.com/p/CQKWCTcHJbc/
Antara perkongsian lain yang dipaparkan wajah Qaqa.
(Kl1k butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
https://www.instagram.com/p/CMLkbzEgrCl/
Wajah Qaqa ini mendapat respon dan pujian daripada peminat. Nampak seperti wajah Nabila Huda pun ada muka Qaqa. Antara komen-komen peminat :
” Nabila Huda versi lelaki sangat ni. Handsome nya dia, sebiji rupa papa dia ni. Mini Amy Search haha.. “
” Dah besar muka macam Abil, makin segak Qaqa sekarang. Boleh jadi hero Malaya ni nanti, sekali pandang dah rupa amy sebijik.. “
” Macam muka papa dia la, sebijik. handsome Amy Junior ni, macam papa nya muda-muda dulu.. “
” Salam. Dah besar Qaqa, jadi handsome betul macam muka uncle Amy sangat. Handsome boy.. “
Memang sekali imbas jika dilihat wajah Qaqa ini nampak seperti Nabila Huda. Iyelah peminat selalu mengatakan wajah Abil dan Amy seperti phot0stat. Qaqa ini pula seperti Abil dalam versi lelaki. Biasalah, adik beradik sedikit sebanyak pasti akan ada persamaan wajah mereka.

Qaqa mewarisi mata, hidung dan mulut yang sama dengan papanya. Memang anak ayah betul ni. Apa pun, semoga Qaqa terus cemerlang dalam pelajaran, jadi anak yang soleh dan selalu menghiburkan hati kedua ibu bapa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Qasander
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

