Artis / Selebriti
” Dah la cantik, bijak pulak tu. Pakej betul.. ” – Komen Netizen
Perkongsian Fiza Halim video anak sulungnya, Ferra Aryana mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia curi perhatian warganet. Fuh bukan kaleng-kaleng result Ferra. Ini baru betul beauty with brain. Tahniah Ferra..
Hari ini merupakan tarikh yang dinanti-nantikan oleh ramai calon Sijil Pelajaran Malaysia 2025 yang mana keputusan peperiksaan SPM itu diumumkan bermula seawal jam 10 pagi tadi. Ramai pelajar yang ke sekolah masing-masing untuk mengambil keputusan mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Fiza Halim, telah dikongsikan beberapa buah posting yang memaparkan moment anak sulungnya, Ferra Aryana menerima keputusan SPM nya itu. Untuk makluman, Ferra merupakan anak hasil perkahwinan Fiza bersama Ahmed Farriq Zainul Abidin.
Di ruangan kapsyen, Fiza mengucapkan ucapan tahniah untuk puteri sulungnya ini atas kejayaan yang dikecapi. Ini adalah berkat usaha Ferra yang belajar bersungguh-sungguh dan doa daripada kedua ibu bapa Ferra untuk melihat Ferra berjaya.

Keputusan yang diperolehi oleh Ferra ini membanggakan Fiza sebagai ibu. Melihat moment guru Ferra menyerahkan slip peperiksaan sudah cukup menggambarkan, guru Ferra juga bangga dengan pelajarnya ini. Tidak hanya memiliki rupa paras yang cantik tetapi juga bijak orangnya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” MasyaAllah.. congrats anak.. congrats mommy jugak.. hard work paid off.. beauty with brain.. “
” Laaaa anak kak fiza ke ni. Selalu nampak dia masa nak amik anak. Setiap kali nampak, setiap kali tu juga ckp dlm hati, lawo nya budak ni confirm ramai peminat. Tak sangka anak kak fiza.. tahniah kak.. “
” Syukur alhamdulillah, tahniah akak fizahalimofficial and Ferra.. Bijaknya MashaAllah, terbaik lah.. dah lah cantik, pandai pulak tu. memang pakej lengkap idaman ramai ni.. “
” Syukur Alhamdulillah.. Congratulations Ferra.. Masyaallah dah besar Ferra dah habis SPM dia ke fizahalimofficial Congratulations to mommy and daddy too.. “
” Congrats Ferra for the outstanding results. And to the proud parents. Alhamdulillah. Dah laa cantik bijak pulak tuu..pakej betul.. “
” Tahniah… Dah besar makin cantik dan bijak pula.. Masih ingat ketika kecil2 dahulu, pernah keluar dlm majalah 2 beradik ni. Sekrg cantik2.. “
” Dah la cantik, pintar lagi. Beauty with brain.. lawa macam mommy jugakk.. Cantik giler anak Fiza Elite macam mak dia. tahniah ferra.. “
Satu pencapaian yang terbaik dan segala penat lelah Ferra terbayar dengan keputusan cemerlang ini. Semoga Ferra akan lebih berjaya dalam hidupnya selepas ini dan menjadi insan yang berguna tidak hanya kepada keluarga tetapi juga kepada agama, bangsa dan negara.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fiza Halim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

