Artis / Selebriti
” Dah lah nyanyi tak ikut tempo, pakai redah je abang Bell tu. Menangis Inteam dengar, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Fattah Amin dan Bell Ngasri berduet menyanyi lagu kumpulan Inteam buat ramai terhibur. Lawak betul bila Fattah dan Bell bergabung, dua-dua masuk air. Sempat lagi Bell mengusik Fattah dan Amira..
Fattah Amin dan Bell Ngasri sudah beberapa kali digandingkan sebagai live host untuk produk Rissa Skin. Kali ini, Bell juga turut menyertai kempen Jom Jalan Jalan Rissa Skin x FattMira ke Melaka pula. Banyak aktiviti yang mereka lakukan bersama sebagai pengisian travelog ini.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Rissa Skin HQ, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Bell dan Fattah ketika di dalam motorhome. Bell menyanyi lagu Inteam berjudul Kasih Kekasih dan lagu ini ditujukan untuk pasangan yang sedang intim sambil menunjukkan ke arah Fattah dan Amira.
Fattah juga turut menyanyi bersama Bell. Tergelak Amira dan Madam Syaheraa dengan telatah Bell menyanyi. Irama nasyid terus bertukar menjadi rentak lain. Sambil menyanyi, Bell turut menyelitkan juga sajak dan tetap cuba mengenakan Fattah dan Amira.

Kata Bell, sebelum ijabkabul perlu mendengar dahulu lirik lagu itu. Terhibur warganet melihat kerenah Bell itu dan Bell sememangnya kaki menyakat. Cara Fattah menyanyi yang penuh penghayatan juga turut menarik perhatian warganet. Fattah semakin berani menyanyi secara terbuka dan tidak lagi pemalu seperti sebelum ini.
Jom tonton video di bawah :
@rissaskin_hq Replying to @Zailya ramai yang req full kan. Maam bag 4 minit terus ek.. layan sampai habis. Jangan lupa 1 jun ada live dan dapatkan juga BELI 1 PERCUMA 1 d bag oren sekarang sempena #jomjalanrissaskinxfattmira #rissaskin #rissaskinxamiraothman #intensivenightcreamrissaskin #bioretinolskinrevivingtreatmentcreamrissaskin #rissaskinxfattahamin #fattahamin #amiraothman
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sekarang abang long dah tak malu malu bila suruh menyanyi.. Dia dah jd mcm abg bell skrg byk lawak dan xmalu dah.. “
” Abang long tu sebab pakai spek tak nampak mata dia . Dalam diam mesti pandang kak long je tu.. “
” Berbunga-bunga hati abang long nyanyi lagu tu…. menghayati bettoll.. Woi ni lagu nasyid.. elok2 sikit haha. kelakar lah abg bell.. “
” Lepas part “cinta kita pun bersemi” tu.. mcm abg long lirik mata pada kak long tapi… Abg long pakai specs pulakkkk.. “
” Haha angau dah tu.. maam mesti banyak simpan rahsia ni hehe.. Abglong dh selesa dgn Kaklong berbeza sgt dgn Hi-tea Rissa hr tu. Cepat2 la nikah. Penat ooo nk tunggu .. “
” Sampai sakit perut saya gelak maam… haha Lawak la abg bell ni.. dhle nyanyi xikut tempo. pakai redah je abang bell tu.. genre auto bertukar haha.. nangis inteam dengar ni.. “
” Lagu ni benar-benar sesuai untuk abang long dan kak long ekk.. Cuba bygkan Mata kanan abg long tgk lirik.. Mata kiri tgk kak long.. nasib pkai spek hitam blh cover.. “
Bersemangat sungguh Fattah dan Bell menyanyi, rosak lagu Inteam dan terus bertukar genre. Penangan Fattah berkawan dengan Bell, Fattah juga sudah pandai membuat lawak seperti Bell. Tunggu ada banyak lagi moment sweet yang akan Maam Syaheraa kongsikan nanti, stay tune semua.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Rissaskin_hq
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

