Artis / Selebriti
” Dahsyat makcik-makcik ni, borak santai jer dengan Fattah. Terus video call wei.. ” – Komen Netizen
Video 2 orang makcik membuat video call bersama Fattah Amin buat ramai cemburu. Wah untung lah makcik, sambil berniaga boleh borak-borak dengan Fattah. Siap ajak Fattah datang lagi, pakai kabel besar ni, hehe..
Meninjau ke satu akaun Tiktok bernama Abang Ubi, perkongsian sebuah video yang memaparkan beberapa orang makcik sedang berbual dengan Fattah Amin menerusi panggilan video telah meraih perhatian ramai. Wah, hebatlah makcik-makcik ini dapat berbual direct dengan Fattah.
Pastinya ramai berasa makcik sangat bertuah kerana berpeluang berbual dengan Fattah yang menjadi idaman ramai wanita di luar sana. Maklumlah sejak akhir-akhir ini nama Fattah semakin popular dan setiap hari ada sahaja perkongsian mengenai Fattah di media sosial.
Makcik-makcik ini sebenarnya sedang berniaga dan mengajak Fattah untuk singgah ke kedai mereka. Budi bahasa yang ada pada diri Fattah membuatkan ramai senang dengan Fattah tanpa mengira usia. Ada yang menyatakan Fattah seperti berbual dengan emak sendiri sahaja.

Tidak pasti apa hubungan Fattah dengan makcik-makcik ini. Kemungkinan juga ada hubungan kekeluargaan kerana seperti sudah lama mengenali. Atau mungkin juga Fattah pernah atau selalu makan di situ. Menurut pemilik akaun Tiktok ini dia merakamkan secara senyap-senyap kerana melihatkan makcik-makcik ini tersenyum-senyum apabila melihat telefon.
Jom tonton video di bawah :
@abang_ubi tengah takda customer, apa kata kita video call jap dengan @fattahamin. #portmakansedap #fama #pasarmalam #usahawan #pasartanikekal #ubikayu #sarapan #makanantradisi #fyp #ubirebusviral #jbstyle #petani #johorfoodie #viral #makananviral #artis #fattahamin @T’fa Delight 🥨
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah:
” Kemainnnn makcik2 ne…jual ubi rebus je, selalu aku Break fest sini… x cuba lgi ubi rebus makcik Fattah Amin nk dtg… aku pun nk singgah juga rrr Makcik pun cpat No putuskn VC gn Fattah… Allah… “
” Mak cik ambik lah dunia ni makcik.. Alahhh mkcik saya pon ade vc fattah amin, tp tu laa.. dalam mmpi je mampu.. cikkk.. apa Ni Caras caras.. “
” Tak aci la mcm ni, makcik pakai kabel besar.. terus video call wei.. Belajar kamu ilmu sama macik ni siap bye2 lagi sama fattah amin.. “
” Dasyhat makcik2, borak2 santai jer dgn Fattah.. another level makcik ni. Fattah ni adab dia perghhh… no wonder byk org syg.. “
” Makcik saya ni lagi beruntung ye blh dpt ckp dgn fattah amin.. fuhhh, mkcik2 pun syg fttah, mgkin ada hikmah yg Allah SWT bgi, kebaikan fttah yg kita x thu.. “
” Bukan main eh mkcik2 eh. Alhamdulilah bnyak org syg Fattah, Semoga makci2 & Fattah sentiasa dlm Lindungan Rahmat Kasih Redha ALLAH SWT.. “
” Makcik jgn sedih² ya, nanti mesti fatah datang tu.. Baik budi Bahasa Fattah Amin. Buat mak acik Semua happy.. kalo dh ini rope gayenye mcm mne le tak berjuta yg nengok live si fatah ni.. “
Wah, bukan senang hendak membuat panggilan kepada Fattah Amin ini. Fattah juga sangat merendah diri dan tidak kisah melayan perbualan bersama makcik tersebut. Ternyata peminat Fattah Amin tidak mengira usia, dari kanak-kanak sehingga golongan warga emas.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Abang Ubi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

