Artis / Selebriti
” Dari awal baca aku wah wah wah power. Tapi ayat last skali, terus tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
Suami Ummi Nazeera, Dr Izzar Anwari kongsi gambar untuk trend Rahsia Tuhan raih perhatian ramai. Mula-mula tu kagum tengok keputusan peperiksaan Dr Izzar sejak dari UPSR. Part pekerjaan sekarang tu kelakar. Berdekah gelak, haha..
Nama Dr Izzar Anwari memang cukup dikenali ramai. Dr Izzar merupakan suami kepada pelakon Ummi Nazeera. Sebelum ini, apa sahaja perkongsian oleh Dr Izzar di akaun Instagramnya mencuit hati ramai. Ada sahaja idea Dr Izzar yang membuatkan ramai terhibur.
Meninjau di akaun TikTok Dr Izzar, Dr Izzar ada berkongsi Rahsia Tuhan trend. Biasanya orang yang join trend ini akan berkongsi info mengenai keputusan di zaman persekolahan sehingga pekerjaan sekarang. Tulis Dr Izzar, ketika usia 12 tahun Dr Izzar tidak lagi tinggal bersama keluarga gara-gara keluarganya berada di luar negara atas faktor bekerja.
Tambah Dr Izzar lagi, sejak dahulu lagi dia sudah berdikari dan berniat untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan biasiswa bagi menampung kos pengajian kerana tidak mahu membebankan kedua ibu dan ayah. Menerusi gambar yang dikongsikan, dapat dilihat Dr Izzar mendapat keputusan cemerlang sejak dari UPSR lagi.

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah Dr Izzar turut menuliskan ‘ Orang rumah’ di bahagian kariernya sekarang. Perkongsian ini menggeletek hati ramai. Untuk info, sebelum ini Ummi Nazeera pernah tersasul menggelarkan Dr Izzar sebagai ‘ Orang rumah ‘ ketika hadir ke set MeleTOP.
Ikuti perkongsian di bawah ini :



Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai dengan perkongsian Dr Izzar ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Humblenya bab ceritakan org tua saya bukan org senang.. Kalau kerja kat oversea istilah yang tepat mmg tan senang sgt tp confirmlah org yg berjaya.. “
” Cantik susunan kejayaan.. Hidup kita masing² punya cerita tersendiri.. Andai syukur dan sabar jadi pegangannya, insyaAllah diri akan terpandu dengan baik.. “
” Syukur Alhamdulillah Dr Izzar. Semuanya rezeki yg terbaik datang dpd Allah. Semoga Dr Izzar kekal bahagia dgn Umi hingga ke jannah.. “
” Tak pernah tak gelak kalau baca tt doc Izzar nih, win. Daripada caption tu, mmg hebat. Dari kecil berdikari. Semoga kekal ke Jannah bersama Ummi Nazeera. Amin.. “
” Haha skrg baru paham ayat org2 tua kata dulu belajar tinggi2 last jadi org rumah jugak.. Dr Izzar dah buktikan dia orang rumah yang bukan kaleng2, hehe.. “
” Fuhhhh menrik perkongsian Dr Izzar.. Org rumah tu lah yg paling berisiko kerjanya.. Dah lah ot tak berbayar kena topup lagi ada, hehe.. “
” Dari awal baca.. Aku wahh wahh wahh.. Power ayat last skali, terus tgelak hahahahahah.. Btw saya memang kagum dengan Dr.. “
Sangat inspirasi dengan kisah perjalanan hidup Dr Izzar dan kejayaannya. Sempat lagi Dr Izzar menyelit ‘orang rumah’ di ruangan kerjaya sekarang. Semoga ada lagi perkongsian yang memberi inspirasi dan mencuit hati oleh Dr Izzar selepas ini di akaun media sosial miliknya.

Silakan SHARE..
Sumber :TikTok izzaranwari, IG izzaranwari
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

