Artis / Selebriti
” Dato’ Seri Siti siap ucap tahniah. Terbahak aku, haha.. ” – Komen Netizen
Kumpulan Padie terima ucapan khas daripada Dato’ Seri Siti Nurhaliza ketika membuat persembahan di final Muzikal Lawak Superstar 4 buat ramai terhibur. Tak sangka Tokti ucap macam tu. Part tapak kaki tu lawak lah Tokti, haha..
Meninjau ke akaun Instagram Media hiburan dan Official Hlive, perkongsian dua buah video yang memaparkan persembahan kumpulan Padie dalam pentas akhir Muzikal Lawak Superstar telah membuatkan ramai peminat berasa terhibur.
Tambahan pula apabila kemunculan Dato’ Seri Siti Nurhaliza dalam persembahan Padie dengan memberikan ucapan khas. Ucapan tersebut ditujukan kepada kumpulan Padie yang kononnya membuat persembahan di Royal Albert Hall. Wah, sportinglah Tokti.
Untuk info, kumpulan Padie dianggotai oleh tiga orang selebriti iaitu Fad Bocey, Namie dan Aretoy. Gabungan mereka bertiga sememangnya sangat serasi kerana ada sahaja idea mereka yang menghiburkan sehingga berjaya ke pentas akhir.

Perkongsian video-video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Untuk pentas akhir ini, kumpulan Padie tampil dengan menyanyikan lagu nasyid yang diubahsuai daripada beberapa lagu.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan persembahan Padie di pentas final ini. Antara komen-komen yang diberikan :
” Cari tapak kaki ek.. tp sedih padie tak juara.. paling suka persembahan dia yg kedua, mmg pecah habis,bawa johan pulak tu.. “
” Tk sgka dia x juara yg xbest plk juarz.. Lawak kaup balik kaup balik ja eh. Tapi masih lucu nya ada… padie tetap juara di hati peminatnya.. “
” Diorg patutnya juara… Yg kumpulan juara tu menang sbb tunggang kes org je.. sedap betul lagu nasyid namie tu.. Haha.. “
” Patutnya padie yang juara tapi sarkas yang tak kelakar sangat lak juara, ntahlah.. padie,tiga tiga org lawak,sarkas danial je lawak.. “
” Konsep ni dah banyak kali fad buat kot cuma dengan kumpulan berbeza..tapi lawak lagi depa ni dari sarkas .. dia bgi nasyid lagu butterfingers.. “
” Loveee padie.. nampk sesuatu.. padie boleh join nasyid berirama..comel sgt juaradihatikami. sedap pulak Lagu tu Jadi nasyid.. “
” Hahahahha dato ct siap ucap tahniah sbb buat show kat royal albert hahahaha. Patah pinggang aku terbahak.. part last tu dia punya harmoni… mmg btl² style nasyid.. “
Walaupun kumpulan Padie tidak menjadi juara dalam pentas akhir Muzikal Lawak Superstar 4, mereka telah dinobatkan sebagai naib juara dengan membawa pulang sejumlah wang sebanyak RM75 ribu beserta trofi. Tahniah diucapkan kepada Fad, Namie dan Aretoy.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Mediahiburan, Hlive
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

