Artis / Selebriti
” Dia jumpa pasangan yang lebih muda, dia jumpa pasangan yang janda ke, apa salahnya.. ” – Bella Astillah
Video Bella dan team 3 Pagi Era berbicara mengenai isu ramai yang mempertikaikan jodoh orang lain. Padu kata-kata Bella bagi, memang win sangat..
Jodoh, ajal dan maut semuanya telah pun ditentukan Allah dan ianya tertulis dalam takdir setiap hambaNya. Ramai yang selalu alpa dan menidakkan takdir Allah, sedangkan apa yang Allah takdirkan untuk semua orang itu adalah yang terbaik dan terindah.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perbualan Bella Astillah bersama Nabil Ahmad, Radin Era dan Pak Azad di konti Era. Mereka berbicara mengenai golongan haters yang sering mempertikaikan jodoh orang lain.
Bella memberikan pendapatnya tentang perkara tersebut. Bagi Bella, itu semua ketentuan dan sebagai hambanNya, kita perlu menerima dengan lapang dada apa yang terjadi. Tiada istilah orang menghantarkan orang yang salah dalam kehidupan kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Bella juga memuji Radin kerana mengangkat martabat seorang wanita yang bertaraf janda sebagai isteri. Radin antara contoh lelaki bujang yang menerima kehadiran wanita yang sudah mempunyai anak dan menganggap jodoh adalah rahsia Allah.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Perjalanan hidup kita digenggam Allah bukan manusia. Pernah dgr kat live lama dah. Bella ada ckp dia tgh perbaiki diri utk menjadi lebih baik. Haters yg tk abis2 ungkit. its ok bella.. “
” Aku paling meyampah dgn ayat ” taknak pusing² dulu ke? ” mcm bgus je…. jodoh Allah tentukan.. bukan netizen.. “
” Tak ada orang yg Allah hantar kat dalam Hidup kite tu Salah.. Geng 3PE+ Bella ni semua ada same vibes. Positive vibes..sbb tu semua boleh click.. love.. “
” Betul.. jgn kita pertikaikan.. sbb kisah hidup kita dah tulis oleh Allah. bila brada dalam circle positive nih vibe dia pon lain tau.. bahagia jer tngok diorang.. “
” Jodoh semua di tangan tuhan. Arwah ayah tiri bujang kawin dgn ibu sy anak satu.. Bahagia spai hujung nyawa dia. Alhamdulillah. Kenapa nk pertikaikan jodoh yg Allah dh susun utk kite. Kdg tak faham sy dgn mentality sesetengah manusia nie.. “
” Best ayat ni : There’s no good day, there’s no bad day..there is Takdir.. Yes takdir tapi sayang tak ramai yang faham tentang itu. Bijak jawapan Nabil.. “
” Belajar tidak mempertikaikan apa yg terjadi… true.. Betul apa salah ada anak sediah kalau kita tunjuk kan kasih sayang anak itu ingat ke kita bila kita de tua nanti dan dia bolih juga kita tumpang bersendar ke anak itu bilah kita de tua nanti.. “
Kata-kata positif yang cukup berguna daripada Bella dan geng 3 PE. Tiada ada hari baik dan hari buruk kerana segalanya adalah takdir Allah. Berhentilah membangkitkan isu jodoh tidak sesuai dan sewaktu dengannya kerana segalanya sudah ditentukan Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Selepas pengesahan talak tadi baru awak tahu selama ini duduk bersama-sama tapi bukan suami isteri ? ” – Wartawan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Aku bagi penampaq sat lagi. Tengok Gen Z zaman la ni.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa kata anak yang ada ciri-ciri mild autism tak pandai suaikan diri dengan situasi.. ” – Watie Hanifiah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Pandai dia sembang dengan daddy. Cute, sembang macam orang tua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen

